MENTARI MUNCUL LAGI ~ SLAM
Aku fikirkan mendung berterusan
Tapi kini mentari muncul lagi
Ku rasa kembali kehangatannya
Maafkan aku meniggalkanmu
Itu kulakukan kerana cintaku padamu
Ku tak sanggup melihat kau tersiksa
Tuhan saja yang tahu perasaanku
Berperang dengan suasana
Hinggakanku terpaksa meninggalkanmu
Kerana tak sanggup melihat kau menderita
Menyesalnya ku kerana menyangkal
Nasib tak menyebelahi
Cinta dan hidup kita
Syukur Tuhan masih sayang pada kita
Masih sayang, masih ada cinta
Maafkan aku meninggalkanmu
Itu kulakukan kerana cintaku padamu
Ku tak sanggup melihat kau tersiksa
'Masa'...
Namanya masih terpahat di hati ini.. masih utuh tugu kasihnya... masih setia menanti restu Ilahi.. masih berharap akan jodoh bersamanya..
Adakala saya terfikir bahwa betapa bodohnya saya menyusahkan kehidupan yang telah pinjamkan ini dengan perkara-perkara mungkar yang pernah ku lakukan.. Tetapi masih dapat ku rasai limpahan kasih-Nya terhadap diriku dan keluarga ku..
Saya sedar betapa jahilnya saya sehingga mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan. Sudah berapa hari saya tak menghubungi 'tunang' saya. Bakal 'sepupu ipar' saya menasihatkan saya untuk memberitahunya sendiri tentang apa yang cuba dan sedang saya alami ketika ini tapi saya malu. Atau lebih tepat saya tak sanggup mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Saya mengambil keputusan untuk berdiam diri. Tidak menghubungi sesiapa yang mungkin membawa kepada kebinasaan saya. Maksud saya, insan bergelar lelaki. Buat masa ini, hanya ayah, keluarga dan sahabat saya yang ayah ibu kenal dan betul-betul percaya sahaja.
Tipu lah kalau saya katakan yang saya langsung tak mengingati dia. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa tebalnya rasa bersalah yang saya rasakan saat ini kerana mengabaikannya tanpa pesan, tanpa pamitan, tanpa ucapan. Dia tak bersalah. Langsung tidak. :'(
Ya Allah, jiwa ku rasa kosong saat ini. Kerana tidak dapat beribadah kepada-Mu buat masa ini. Tidak dapat ku panjatkan rasa syukur ku dalam sujud ku. Ya Allah, lindungi lah penjaga hatiku. Sampaikanlah salam rindu ku dalam doanya.
Semalam, saya cakap dengan ibu suruh potong rambut depan saya. Well, that's me. Bila saya merindui seseorang itu, saya akan melakukan sesuatu yang boleh serba sedikit menghilangkan rasa rindu. Walaupun sedikit. Dia pernah cakap, masa saya cerita pasal rambut saya. Dia kata walaupun dia tak pernah tengok, tapi dia kata dia yakin saya nampak comel kalau potong straight rambut depan saya. Saya memang pernah buat, tapi 'memory' pernah cakap saya buat rambut helmet. Kadang-kadang rasa kelakar pun ada juga. tapi, saya rasa seolah-olah dia berada di sisi saya sambil tersenyum melihat diri saya. :')
Dia ada satu habit. Mandi malam. Kelakar tak kalau saya katakan saya pun cuba buat benda yang sama kerana teringatkan dea. I know he missed me most likes he always said. :')
Sapu tangan yang dia berikan pada saya, masih kuat bau nya. Apa yang membuatkan ia istimewa bukan sebab baunya, tetapi kerana tuan empunya. Alhamdulillah, perlahan-lahan saya dapat melihat dengan samar dirinya dalam ingatan di saat saya cuba membayangkan dirinya. Syukran, ya Rabb.. :')
If you read this, I don't wanna say that I love you. I don't wanna say I miss you. I don't wanna say I always thinking about you. Because I'm sure, you already knew it. :')
Take care, Mawaddahu Qalbi..
XOXO
172112
No comments:
Post a Comment