He's watching me!

He's watching me!

Wednesday, 9 September 2015

Aku Sakit

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..

Saya.. Tak tahu nak cakap ape.. Saya memang tak pandai berkata - kata.. Banyak perkara yang saya nak ceritakan.. Kesedihan, keterujaan, kemarahan.. Yang pasti, tiada kegembiraan.. Tiada lagi kebahagiaan..

Sejak dulu lagi, saya percaya, saya tak layak untuk mendapat kebahagiaan atau kegembiraan.. Setiap kali saya hampir dapat peluang nak happy, datanglah guruh dan hujan.. Sejak dari Form 1, sehinggalah matrikulasi.. Sehingga saya jumpa awak.. Sejak saya kenal awak, saya akui, saya banyak menangis.. Tapi, saya telah mendapat kebahagiaan dan kegembiraan hidup yang paling panjang dalam hidup saya.. Namun, kini, saya dah mempersia - siakan semuanya.. Nak menyesal, dah tak guna.. Semua dah tinggal.. Kini, saya keseorangan..

Rintihan dan tangisan dulu, dapat didengari oleh Faizal atau Irfan.. Kadang - kadang, Haziq pun dengar.. Tapi sekarang, sudah semakin sukar untuk saya meminjam mana - mana bahu insan yang sudi.. Faizul, bukannya dia tak ada.. Tapi, saya nampak.. Dia ada banyak lagi hal yang perlu diselesaikan..

Ada sebab kenapa saya dijadikan sebagai manusia yang terlalu memendam perasaan.. Saya terlalu mengutamakan perasaan orang lain, tak sanggup lihat yang lain terluka dek memahami diri saya.. Ibu, Papa, kawan - kawan, awak.. Sekarang, kerana mengutamakan perasaan sendiri, Papa mahukan saya buang Papa.. Ibu pun tak layan.. Adik - adik, sudah tentu menyokong Ibu dan Papa.. Saya dah cakap macam mana pun, awak tetap tinggalkan saya.. Kelab #TheKacangKidz, tak dapat lagi saya baca mesej - mesej diorang.. Walaupun saya kurang aktif, tapi saya suka perhati gelagat korang.. Tapi, apakan daya.. Saya hanya orang luar.. Kawan di sini pula, bukannya jenis yang suka mendengar masalah dan tangisan orang, melainkan perempuan.. Saya sekarang betul - betul keseorangan.. mengadu kesakitan kepada diri sendiri.. Meluahkan tangisan yang tiada suaranya..

"Ya Allah, permudahkanlah urusankanku, dan janganlah Kau menyusahkannya. Ya Allah, akhirkanlah ia dengan kebaikan."

Ya.. Saya ada Allah.. Tetapi saya terlalu berdosa padaNya.. Pastu pula saya buat Ibu dan Papa terguris hati.. Kalau Allah murka, macam mana? Macam yang awak cakap, Allah sekarang bayar 'cash'.. Ya, saya yang dapat.. Kalau saya dengar cakap awak awal - awal, kalau saya tak pergi rumah awak, semua ini takkan terjadi.. Kerana saya, Ibu awak dalam ketakutan.. Kerana saya, awak dihina dan dimaki.. Kerana saya, hubungan saya dengan keluarga yang dah renggang, kini makin bertambah renggangnya.. Kerana perbuatan semua inilah, Allah SWT dah bayar 'cash' kat saya.. Saya redha.. Saya terima.. Tapi.. Saya pun tak larat.. Saya sakit.. Sangat sakit.. Saya tahu, memang saya layak dapat ujian sebegini.. Tapi saya pun ada rasa sakit.. Macam mana saya nak teruskan hidup saya? Macam mana saya nak teruskan masa depan saya? Hati saya dah nazak dek balasan ini.. Saya perlukan hati saya terjaga, untuk saya teruskan hidup saya yang menyedihkan ini.. Saya sakit, awak.. ='(

Setiap kali saya tersenyum, ia menyakitkan lagi hati saya, kerana tak henti memikirkan apa yang akan terjadi di akhir ujian ini.. Setiap kali saya cuba fokus dalam kelas, ia membuatkan saya sedih, sebab tersedar bahawa semangat saya untuk belajar telahpun hilang dan musnah.. Setiap kali saya ke kelas atau ke mana sahaja, dada semakin sebak, kerana setiap perbuatan yang saya lakukan sebelum ini, selalu terbayangkan diri awak bersama saya, walau di mana pun saya atau apa pun yang saya buat..

Saya tak sekuat awak, boleh berpura - pura tidak ambil kisah tentang kesedihan yang melanda.. Baguslah, sebab kawan - kawan awak pun suka dengan perubahan awak.. Saya tak.. Saya masih sama.. Masih sama dari dulu lagi.. Kini, awak dah betul - betul 'hilang' dari pandangan saya.. Semua tempat dalam laman sosial, sudahpun disekat.. Tak dapat lagi saya memerhati gelagat awak dengan kawan - kawan, aktiviti harian awak dan sebagainya.. Kadang - kadang bila saya nampak kawan awak mention nama awak dalam moment, saya jadi sebak, sebab saya tahu, awak mesti komen, dan saya tak dapat lihat semua tu.. Tiap - tiap hari, saya buka Insta awak, dan cuba tekan 'Follow', dengan harapan 'request' saya tak ditolak secara automatik.. Tapi, apakan daya.. Bodohkan saya? Dah tahu memang kena reject, tapi masih nak cuba.. Setiap kali saya buka Facebook, saya cuba buka Fb awak.. Apa yang saya boleh lihat, hanyalah profile picture awak yang menunjukkan awak terluka dek perbuatan saya.. Saya perasan, awak dah unblock saya dalam Line.. Mungkin ada ralat, atau mungkin disengajakan.. Saya tak tahu.. Tapi, saya tak nak cuba hantar mesej kat awak, sebab saya takut di'block' semula..

Sekarang, awak cuba nak dapatkan alamat kolej saya.. Jujurnya, saya memang tak tahu.. Kalau ikutkan, saya memang akan benarkan Faizul bagi alamat kat awak.. Tapi, memandangkan niat awak untuk pulangkan pemberian saya, saya terpaksa.. Cukuplah kesakitan dan kepedihan yang saya alami sekarang.. Kalau saya nampak hadiah saya pemberian saya dipulangkan semula, makin bertambah pedih, awak.. Kalau awak tak nak semua tu, awak bagilah kat sesiapa.. Tak pun, awak bungkus elok - elok, dan bagi kat orang sebagai hadiah hari jadi atau sebagainya.. Just.. jangan bagi saya.. Tolong.. Saya dah cukup sakit, awak.. Sakit.. ='(

Saya rindu awak.. Sangat rindu.. Saya.. Tak tahu nak buat apa.. Kawan tak ada.. Nak mesej orang, sibuk.. Nak call family, kena marah.. Nak contact awak, tak boleh.. Nak jalan - jalan, jauh.. Saya rindu.. Sangat rindu.. Sakit, Nur.. Saya sakit.. ='(

Andai ada kata - kata saya dalam blog ini, dijadikan pertikaian, saya minta maaf.. Seperti yang saya bagitahu, saya tak pandai bercakap.. Tak pandai luahkan perasaan..

Aku sakit
Bila menatap matamu
Sadarku bahwa engkau bukan milikku

Aku sakit
Bilaku mengagumimu
Sadarku kau tak pernah mengagumiku

Bangunkan aku dari tidur panjangku
Sadarkan aku dari mimpi tentangmu
Ku salah bila ku berharap padamu
Salahku paksa kau tuk mengagumiku

Kau tak tahu perasaanku
Dan ku tak mahu kau tahu

Aku sakit
Jika kau tahu hatiku
Karna diriku tak berarti bagimu

Aku sakit
Bilakah kau sembuhkan aku
Tak mungkin, tak mungkin
Sungguh tidak mungkin

Bangunkan aku dari tidur panjangku
Sadarkan aku dari mimpi tentangmu
Ku salah bila ku berharap padamu
Salahku paksa kau tuk mengagumiku

Kau tak tahu perasaanku
Dan ku tak mahu kau tahu

Aku sakit.....



.451241.

No comments:

Post a Comment