He's watching me!

He's watching me!

Sunday, 11 May 2014

Bila Rindu

BILA RINDU ~ Ruffedge

Dikeheningan malam,
Termenung ku berseorang
Tak lena mata dipejam
Terdengar suara terngiang
Suara merdu yg disayang
Bagai kau didepan mata
Ku capai tapi tak kena
Sukarnya memendam rasa
Ingin ku luahkan kata
Bila rindu,
Terkenang mu sayang, terasa sayu,
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam,
Jauh terbang diri ku melayang,
Aku rindu,
Sentuhan mu, ku rasa sayu,
Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini,
Bawa ku dalam pelangi,
Melepasi batas diri ini.

Jauh angan ku lena
Kurasa kita bersama
Kau bawa daku kesana
Ke alam kisah yang lama
Kenangan didalam jiwa
Bila terjaga semula
Disisiku kau tiada
Sukarnya ku pendam rasa
Inginku luahkan semua

Sesungguhnya kita mestilah
Wujudkan sefahaman dan hormat menghormati
Ikhlas kasih
Sabar insyAllah kita akan
Bertemu semula

Aura yang memecah semesta
Menyampaikan pesan kesunyian dikala sendirian
Kesepian menyelubungi hari-hariku
Disajikan dalam doa-doa rindu
Yang menanti kau datang dan pergi
Seperti mimpi-mimpiku fantasiku
Bukan dongeng lagi yang sayup kedengaran
Disisi cuping di setiap corong
Lorong yang lohong
Benar ku tak bohong
Bila hati menyanyi


Hari ini "sakit" datang lagi..
Sepatutnya kte teman ibu pergi cari bunga yang nenek pesan, tapi gara-gara sakit yang terlampau amat sangat kte telah disuruh tinggal dan rehat sahaja di rumah..


I miss him..
Kte tak berhenti cuba call dea banyak kali..
But still, phone dea off..
Banyak kali terlintas difikiran untuk contact dea melalui nombor adik-adik dea..
Tapi kte still ingat, dea pernah cakap yang dea tak nak ganggu privasi adik-adik dea..
Jadi kte tahan kan hati juga lah untuk tak contact melalui cara tu..
tapi tadi, kte tak tahu kenapa kte gamble call nombor adik bongsu dea dengan harapan dapat dengar suara dea dan bercakap dengan dea walaupon kte dalam keadaan yang sakit sangat masa tu..

Call.. dering... *lama*
Then, ada orang angkat.. Kte takut orang lain yang angkat jadi kte still minta kebenaran untuk bercakap dengan dea.. rupanya memang dea yang angkat.. daripada suara dea, kte dapat mendengar nada sebak yang menyelubungi diri dea.. Kte yakin, dea pun mempunyai perasaan yang sama.. Rasa rindu yang teramat sangat pada diri masing-masing..
Kte mulakan dengan menyampaikan khabar tentang sahabat dea yang mencari dea semalam..
Melalui nasihat sahabat dea jugalah kte berhenti untuk "menghilangkan" diri kte daripada dea..

Dea memberitahu kte bahawa dia boleh dikatakan tidak mempunyai handphone buat masa ini..
Dea memohon maaf pada kte..
Seandainya dea tahu bahawa tidak sedikit pun kte meragui kesetiaan dea pada kte walaupon ada kalanya ada terdetik di hati ini untuk meragui ketulusan hatinya pada kte..
tapi kte masih percaya bahawa hati dea masih ada kte..

I know it would be hard for me and him..
but as he said..
"times will make our love grows stronger"
I guess he is right also,
"waiting.. it's hurt so much.."

Bila dea dengar suara kte yang lemah,
kte tahu dea risau.. risau sangat.. tapi kte nak cakap apa je? sedangkan ibu pon cakap ibu tak boleh buat pape, memang tak ada ubat.. tahan jelah.. kalau kte beritahu dea pon dea tak dapat buat apa-apa..
tapi kte terharu sangat sebab suara risau dea seakan-akan memberi kte semangat untuk lawan rasa sakit yang kte sedang alami..


Kte tak berhenti berdoa...
Andai dea memang jodoh yang tertulis untuk kte..
Maka biarlah Allah memelihara hubungan kami dengan menguji kami melalui jarak dan perhubungan.. Hanya kesetiaan menjadi pencabar bagi diri kami untuk kekal setia pertahankan hubungan ini atau tewas dengan godaan kehadiran orang lain dalam hidup kami..
Bagiku,
Jarak yang jauh dapat mengelakkan kami daripada berjumpa dan melakukan perkara mungkar, walaupon hanya berpegangan tangan..
Perhubungan juga dapat menerbitkan rasa rindu yang mendalam agar sayang kami bertambah mekar..
Andai ADAM dan HAWA tidak pernah berputus asa apabila terpisah di dunia, kenapa perlu kami menyerah sekiranya jodoh itu milik kami bersama..
Allah adalah sehebat-hebat perancang..
Perancangan Allah itu sentiasa lebih baik..
Nur yakin, Allah sedang rancangkan sesuatu juga buat kami berdua..
YA ALLAH, perkenankanlah doa hamba-Mu ini.. :')

XOXO
172112

No comments:

Post a Comment