He's watching me!

He's watching me!

Thursday, 15 May 2014

Sweetnya Dia


'Sweetnya Dia'
Novel ini kte beli ketika kte belajar di Tangkak.. Kte beli dengan roommates kte.. Memang pada awalnya kte pergi ke pesta buku kat Bilik JPP dengan dea.. tapi kte cakap dengan dea, kte nk beli sekali dengan roommates since dorang jarang sangat nak turun bilik..

Dan seperti selalu, kebetulan yang terjadi apabila kte pasti akan jumpa dengan novel yang macam dah tinggal 1 je.. Special gitu..
Nak-nak lagi cover dea warna BIRU lak tu.. Menarik!

Ini sinopsis dea..

"Tatkala melihat Laily yang memanjat kerusi sambil mengendap di luar jendela, hati Zarif sudah mula jatuh suka. Debaran tiba-tiba datang melanda. Apakah rasa itu bernama cinta?

"Nak mengendap anak teruna handsome kat sini ke?" - Zarif
" Eh! Minta maaf sikit yer, jangan nak perasan boleh tak?" - Laily
Pertemuan demi pertemuan yang sengaja dicipta Zarif selepas itu buat Laily keliru, siapa sebenarnya lelaki itu?
"Saya bawa lori jer." - Zarif
"Kot yer nak jadi penipu bersiri pun agak-agaklah. Bawa lori pakai BMW. Lori apa?" - Laily
Sweetnya Zarif dalam berbicara, manisnya Zarif tatkala tersenyum buat hati Laily mencair. Pun begitu, kekacauan yang ditimbulkan Alisa dan rahsia yang disimpan Zarif buatkan Laily hilang rasa percaya.

Menerima Zarif sebagai suami kerana dendam bukanlah langkah yang bijak untuk Laily kerana sweetnya Zarif tatkala memujuk terus menukar dendam menjadi sayang. Kalau hati kata cinta, racun pun boleh saja jadi manis.
'Jari ini mungkin tidak selalu bisa menyentuh Laily, mata ini mungkin tidak selalu bisa melihat diri Laily, raga ini mungkin tidak selalu bisa menemani diri Laily, tetapi yakinlah bahawa di hati ini hanya ada diri Laily, selamanya...'
 Akan kekal bahagiakah rumah tangga mereka apabila ada pihak ketiga yang sentiasa mencari peluang untuk meruntuhkan? Bila ujian datang melanda dan keraguan mula beraja, hanya kesetiaan yang perlu diambil kira."


Baca novel ini buatkan kte seakan-akan membaca kisah kte dan dea..
Perwatakan Ahmad Zarif membuatkan kte teringat pada dea, malah buatkan rasa rindu di hati ini semakin membara. Kebetulan, watak Alisya a.k.a Laily juga seperti diri kte.

Pelikkan? Bila wujudnya lelaki yang boleh jatuh hati pada gadis yang kasar dan tak suka control cun macam kte dan Laily.. dan tambah pelik bila tak buat apa-apa pun orang tu akan cakap "comel" dan "sweet"? hehe
Memang wayar otak putus betul.. :')
Sedangkan depan mata dia tersedia berderet perempuan yang lebih feminin untuk dijadikan isteri.. tapi orang yang kasar dan susah nak cakap sweet-sweet ini juga yang dea nak..
 "je tombe en amour." - Saya sudah jatuh cinta
"Coup de foudre" - Love at first sight, cinta pandang pertama
Bahasa perancis..
Darieka, kawan Zarif dan arwah Iskandar (sepupu Laily) sewaktu di Kentucky yang seringa ajar mereka.
"Kalau ditakdirkan saya jatuh cinta semula dengan hakim macam mana?"
"Tapi lagi elok kalau awak minta takdir cepat-cepat satukan kita berdua. Bila awak dah jadi milik saya.. saya akan ikat awak kuat-kuat sampai awak tak boleh lepas lagi."
"Awak nak ikat saya dengan apa? Dengan rantai basikal? Ke dengan tali tangsi?"
"Saya akan ikat awak dengan cinta... sayang... dan kasih sayang sampai awak tak nampak orang lain lagi."

Haish..
Lelaki ini memang pandai 'gombal' ke??
Atau perempuan yang terlebih perasan??

Kte tak nafikan, kte rindu sangat pada dea..
Malam tadi, kte call dea..
Tak dapat.. hmm.. lupa, dea kan tengah tak ada phone..
Call adik bongsu dea tapi tak dapat juga.. send mesej, tak balas.. :-(
Dalam tangisan syahdu, kte akhirnya tertidur..

PASTIKAN - CT Nurhaliza
 
Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa
Yang Membawa Pertengkaran

Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku Apa Adanya

Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling

Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu

Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama, Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini


"Awak nak pergi mana? Awak nak pergi kahwin dekat Thailand ya?
"Kalau saya nak pergi kahwin dekat Thailand.. dah tentu awak orang pertama yang saya ajak."
"Kenapa pula? Oh, awak nak suruh saya jadi pengapit awak? Tak pun awak nak saya jadi saksi? Alah, saya tahu awak nak saya jadi photographer awak aje kan?"
"Takkanlah saya nak suruh awak jadi pengapit saya? Dah tentulah saya kena bawa awak sebab... sebabnya... Awakkan pengantin saya."

Mana-mana perempuan pun akan cair beb.. hahaha
tapi hakikat yang lelaki perlu juga ambil berat, perempuan tak suka dipermainkan perasaannya lebih-lebih lagi dibohong.. Sepahit-pahit kebenaran adalah lebih baik dengan kejujuran jika dibandingkan dengan kebongkaran perkara yang disembunyikan bukan daripada mulut tuan yang menyimpan rahsia..

"Agak-agak orang yang tengah bercakap dengan saya ini sudi tak jadi femme saya?"
"Ha.. awak nak suruh saya jadi frame awak??"
"Takkanlah nak suruh jadi frame saya. Kalau awak frame, saya dah gantung kat bilik tidur. Tiap-tiap hari boleh tengok awak."
"Habis tu, awak cakap apa tadi?"
"Femme, bahasa French. Dalam bahasa Melayunya... isteri."

Perkara yang paling berdebarkan hati seorang bergelar gadis, perempuan atau wanita ini adalah apabila seorang lelaki melafazkan kata-kata cinta, dan bukan sekadar itu tapi menyampaikan hasrat murni mereka untuk menjadikan seseorang sebagai permaisuri dalam hidup mereka.
Seperti ketika Zarif ucapkan kata-kata ini kepada Laily;
"Kalau saya ditakdirkan menjadi HABIB Laily, saya nak sangat Laily jadi ZAUJAH saya."

 Ucapkanlah – Yusry KRU & Erra Fazira

Kadangkala aku rasa ingin luahkan segalanya
Rahsia yang tersimpa di dada sekian lama
Namun kelu terus membisu menatap wajahmu
Daku malu tapi tak mahu kehilanganmu

Ucapkanlah cinta
Ucapkan ku saja yang kau perlu setiap waktu
Sepanjang hayatmu
Ucapkan kau rindu
Daku yang kau mahu
Yang kau cari telah kau temui
Ku tidak tertahan lagi untuk ku mengaku cintamu

Dan kadangkala kita hanya sedar keindahannya
Apabila ia sudah tiada di depan mata
Tidak rela kulepaskan satu-satunya insan
Yang berikan ku segala makna kehidupan
 
Andai daku kau terima lebih dari kawan biasa
Daku kan setia tak kubenarkan kau berairmata
Andai kau terima cintaku
Daku kan belaikan tanganmu
Di penghujung waktu kau dan aku di dunia


Awak, kte rindu awak..
Sangat!
Betul kata pujangga, "Penantian suatu penyeksaan!"
YA ALLAH, andai ini ujian buat kami berdua. Saya terima dengan redha. Semoga kami akan temui kebahgiaan dari-Mu suatu hari nanti.. Tiada keraguan atas Kekuasaan-Mu, YA ALLAH.. 

XOXO
172112

No comments:

Post a Comment