He's watching me!

He's watching me!

Friday 15 August 2014

Rezeki Allah

Assalamualaikum, para pembaca.. (ada ke?) tak kesah lah..
Hari ni saya nak cerita tentang REZEKI ALLAH...
Rezeki Allah ini sangat luas.. malah amat luas...
Malahan, rezeki itu sendiri tidak lah hanya menjurus kepada harta dan wang ringgit sahaja..
Cahaya mata (anak), kepintaran (bijak), kemudahan (urusan), banyak lagi bentuk rezeki Allah..
Dan sebagai hamba Allah yang lemah, kita seharusnya bersyukur dengan setiap bentuk rezeki yang telah Allah berikan kepada kita..

Rezeki yang Allah kurniakan kepada setiap hamba-Nya berbeza-beza...

Sebagai contoh yang saya ingin kongsi kan kepada semua tentang kisah yang berlaku kepada diri saya sendiri baru-baru ini..
Seperti ramai pelajar-pelajar Matrikulasi serta STPM sedia maklum..
12 Ogos 2014, adalah hari yang amat mendebarkan kerana hari itu merupakan hari keluarnya keputusan UPU..
Itulah penentu sama ada seseorang pelajar itu dapat melanjutkan pelajar mereka ke IPTA bagi peringkat ijazah atau tidak..
Bagi yang dapat keputusan yang amat cemerlang dalam PNGK mereka, dan bijak memilih jurusan serta Universiti pilihan mengikut kelayakan mereka, insya'Allah tiada masalah untuk mendapat tawaran sambung belajar..
Tetapi bagi yang sebaliknya, mereka perlu lah merancang pelan baru sekiranya tiada rezeki mereka untuk melanjutkan pelajaran...

Ya, itulah yang saya buat..
Ini bermaksud..... ya, saya TIDAK BERJAYA dalam permohonan kemasukan ke IPTA..
Mungkin, belum rezeki saya..
Saya REDHA, kerana saya tahu dan saya amat yakin, perancangan Allah lebih baik..
Sesungguhnya, Allah kan sebaik-baik Perancang... :')

Alhamdulillah, Mawaddahu Qalbi saya dapat tawaran untuk sambung belajar di UTeM..
Melaka....
Saya katakan pada dea yang dea memang "magnet Selatan"..
Yelah, Matriks di Johor.. Ijazah di Melaka...
Bakal zaujah dia ni pon kampung di JOHOR...hehe

Saya tumpang bahagia untuk dia..
Malah saya berterima kasih sangat pada Allah kerana memberi dea ruang dan peluang untuk sambung belajar..
Yelah, belajar tinggi-tinggi... pandai-pandai... lepas habis belajar terus cari kerja.. kumpul duit....
MASUK MEMINANG!! :-D  (gatai...)
Yelah, dea kena lah kukuhkan kewangan dea dulu baru boleh tanggung anak dara orang..hihi

Tapi......
Jauh disudut hati saya.....
Nak juga sambung belajar...
Kita dapat ijazah sama-sama....
Sambung Master sama-sam....
Buat PhD sama-sama...
Jaga anak sama-sama.....? (ops! terlebih sudah...haha)

Saya dah buat rayuan...
Insya'Allah, kalau Allah izinkan dan restui..
Saya harap saya dapat sambung belajar ke IPTA peringkat ijazah juga...
Kalau JODOH tak ke mana...
Kalau REZEKI pun tak terlepas jua... kan??

Sekarang...
Saya tak pernah berhenti berharap akan rahmat Allah..
Saya juga takkan berhenti sujud dan berdoa mengharapkan bantuan Yang Maha Esa...
Kalian doakan saya sekali ye? ^_^

Salam ukhwah,
172112