He's watching me!

He's watching me!

Wednesday 16 September 2015

Into The New World

SNSD - Into The New World (Translation)


I want to tell you, even though the sad times have already past
Close your eyes and feel, how you affect my mind, how you attract my gaze.

Don't wait for a miracle, there's a rough road in front of us
with obstacles and future that can't be known, yet I won't change, I can't give up.

Keep your love unchanging for my wounded heart
Looking in your eyes, no words are needed, time has stopped.

I love you, just like this. The longed end of wandering.
I leave behind this world's unending sadness.
Walking the many and unknowable paths, I follow a dim light.
It's something we'll do together to the end, into the new world.

Don't wait for a miracle, there's a rough road in front of us
with obstacles and future that can't be known, yet I won't change, I can't give up.

Keep your love unchanging for my wounded heart
Looking in your eyes, no words are needed, time has stopped.

I love you, just like this. The longed end of wandering.
I leave behind this world's unending sadness.
Walking the many and unknowable paths, I follow a dim light.
It's something we'll do together to the end, into our new world.

Feeling alone in this dark dark night
Your soft breath,
This moment, warmly entwines me in your presence.
I want you to know all my tremors

I love you, just like this. The longed end of wandering.
I leave behind this world's unending sadness.
Walking the many and unknowable paths, I follow a dim light.
It's something we'll do together to the end, into our new world.

Read more: http://snsdforever993.blogspot.com/2010/05/snsd-into-new-world-lyrics.html#ixzz3lsMfWB4J

Nais, lirik lagu ni sangat best...
macam bagi kte semangat baru, semangat untuk terus kuat...
terus jadi kekuatan untuk awak...
n untuk post kali ni, kte tujukan lagu ni khas untuk awak...

Love,
172112

Tuesday 15 September 2015

Apa Salah Aku?

Ya Allah... apa lagi salah kte sampai cerita ni tak habis lagi? Terus-terusan didendami keluarga dia.... Apa lagi yang perlu kte buat...??? Apa lagi salah kte buat???

Engkau yang Maha Mengetahui, ya Allah... tak pernah sekali pon kte menghina keluarga dia... tapi masih fitnah yang kte dapat... Apa lagi yang mereka nak daripada kte??? Apa lagi???

Ye, aku memang sayang dia... tapi aku tak bodoh untuk teruskan hubungan ini kalau dah keluarga dea tak restu...
Hina sangat aku ni pada pandangan mereka, ya Allah... kte redha... kte ikhlas... kte pasrah hanya pada-Mu...
Ini adalah pengajaran terhebat aku untuk tidak lagi rapat dengan orang seperti mereka... ini memang ujian terberat dan terbesar aku....

Ya Allah...
Kesian kan lah dia... sudah cukup lah penderitaan yang dia tanggung selama ini... ya Allah... saya masih bersyukur kerana saya masih lagi ada ayah ibu yang amat menyayangi saya... sahabat-sahabat yang ambil berat terhadap saya... saya letakkan takdir saya pada-Mu, ya Allah... takkan saya menyerah...
Berikanlah Asry kekuatan dan ketabahan hati untuk kuat menghadapi dugaan berat ini, ya Allah...
Sesungguhnya saya amat risau tentangnya...

Ya Allah, saya redha andai dia bukan takdir saya untuk bersama... tapi benarkanlah kebahagiaan menyinari hidupnya, ya Allah... ketemukanlah dea pada kekuatan pasrah pada-Mu agar dia tidak menyalahkan takdir-Mu...

Ya Allah, kte amat yakim setiap yang berlaku pada kami ini ada hikmah yang amat besar disebaliknya... kami tidak mengetahui, ya Allah... kami sering berputus asa akan hikmah-Mu... maka berikanlah kami keteguhan hati agar kekal bertaut pada rahmat dan kasih sayang-Mu yang Maha Luas....

Ya Allah...
Lembutkanlah hati kedua ibu bapa Asry untuk memaafkan segala dosa dan kesalahan Asry... berilah dia peluang untuk merasai indah kenikmatan menerima kasih sayang daripada keluarganya sendiri seperti mana orang lain, ya Allah...

Hamba sangat kerdil, ya Allah... tak mampu untuk pertahankan diri saya sendiri... mungkin bukan untuk tika dan saat ini... sebab sekarang bukan soal saya... tapi, soal hati dan perasaan dia... saya mungkin faham dan mampu menerima segala dugaan ini dengan matang... tetapi... bantulah dia... tuntunilah dia, ya Allah... agar bangkit dan terus kuat dalam meneruskan kehidupannya...

Ya Allah...
Saya yakin, ada sebab Allah ketemukan saya dengan Asry...
BERTEMU KAMI KERANA MU, YA ALLAH...
BERPISAH KAMI KERANA KETENTUAN-MU, YA ALLAH...
KENANGAN KAMI KERANA TAKDIR-MU...
Saya ikhlas... saya terima... dengan hati yang lapang dan fikiran yang matang...
Allah tidak pernah kejam.... Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....
Kte memang mampu merancang, tapi semuanya adalah ketentu-Mu, ya Allah... maka saya terima...

Terima kasih, ya Allah...
Untuk segala kenangan indah yang Allah izinkan untuk kami laluinya bersama.. takkan saya menyesali segalanya... saya rela... saya redha..
Segala pangkat, darjat dan kedudukan di dunia ini... tak membawa apa...
Terima kasih, ya Allah... kerana mengajar saya banyak perkara melalui pengalaman dan pengajaran perit ini... Saya tidak menyimpan apa-apa dendam... cukup sekadar, berikanlah kebahagiaan sehendaknya kepada mereka... limpahilah diri mereka dengan cinta, kasih dan sayang-Mu...
Jadikanlah keluarga Muhammmad Asry bin Ismail sebuah keluarga yang penuh sakinah mawaddah warahmah Mu...

Saya ikhlas andai ini ketentuan-Mu,
Lillahi taala...

-172112-

Sunday 13 September 2015

Tawar Hati

Assalamualaikum...
Kte tak tahu nak mulakan daripada mana... hmmm... okay, mungkin itu je kot perkataan yang sesuai gambarkan hati kte... tawar hati... kte sayang 451241.. sangat sayang... pernah sayang... dan masih sayang...

Minggu ni kte busy sangat dengan teater... 18hb ni nak urus kan budak-budak first year buat persembahan untuk malam santapan Konvokesyen..
Then, 19hb lak, UPACC hantar ktorg wakil masuk UniMAP Got Talent... nama kte naik, jadi antara pelakon... masa dorang buat senarai nama untuk siapa yang join festkon, kte ingat kan kertas tu untuk attendance... pendek kan cerita, tak pasal-pasal kte pon terlibat... dah siap bagi nombor akaun.. yelah, biase lah kalau buat persembahan dengan Raja Perlis... dapat lah elaun sikit...

Tapi, petang tadi... kte ajak Syada karok.. sebab plannye start latihan kul 2petang... jadi ktorg pon pergi kangar naik bas pagi... karok 2jam... pada awalnya okay... kte baru perasan lagu-lagu yang kte nyanyi semua pasal kisah sedih dalam percintaan arr... tapi masa tu, kte still buat biasa... buat dang je..
Tapi tiba-tiba, bila saat kte nyanyi lagu "Jagalah Diri" by Jaclyn Victor... kte sebak, terus nangis... part akhir... kte tak dapat nak terus kan.. kte diam terus menangis... Syada tak lerasan kowt, sebab dea tengah sibuk pilih ...
Sebelum tu kte nyanyi lagu, 'Masih Aku Cinta', 'Setia Itu Menyakitkan', 'Saat Kau Pergi', 'Dunia Belum Berakhir', 'Takku Sangka, Takku Duga'...
Tak faham asal kte kena amek lagu sedih... itu je yg terlintas kat fikiran...

Tawar hati....
Dah start sem.. sepatutnya kte join Debat Alam Sekitar yang lawan kat UTP.. tapi kte terlupa... so tak join... minggu ni dah sibuk dea show n competition teater...
Ye, memang pada asalnya niat kte nak join Kelab Debat supaya kte dapat jumpa dia secara 'sah'... tapi entah lah... kalau family dea tahu, pasti mendatangkan malapetaka lagi... kesian lah kat dia... dah cukup terseksa dah... apa yang kte mampu, untuk lenyapkan diri kte dari hidup dia dulu... cukup lah segala sengsara yang kte bawa kepada dia... hmmmm...

Kte masih nakal... kte kena jadi nakal... kte dah pernah murung... kte dah pernah setiap hari menangis tanpa henti... penat! Kte dah tawar hati dah nak nangis...

Bulan 11 ni, November... ayah operation mata sebelah kanan... katarak... kalau tak silap, 9hb masuk, 10hb operate... kalau ayah okay, petang dah boleh balik dah.... harap semua berjalan lancar... aamiinnn...

Kawan-kawan ayah sibuk suruh buat kat hospital swasta... memang lah cepat, tak payah tunggu appointment lama sangat macam hospital kerajaan, tapi ktorg tak mampu... kawan-kawan ayah kebanyakan kaya... orang senang... dorang siap buat sumbangan ikhlas untuk ayah... siapa tak terharu..? Untung ayah ada ramai sahabat yang sangat baik... ayah nangis bila dorang datang bagi sumbangan tu, sedangkan ayah tak ada cerita apa pon... hmmm...

Nak tunggu kte yang ada gaji nak tanggung ayah ibu, macam lama je lagi....hmmmm....

Kte...dah tak tahu nak kata apa dah....
Just.... tawar hati.....

 172112

Hina

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...

Semakin hari, saya rasa semakin lemah.. Sebab asyik memikirkan masalah yang masih menghantui fikiran saya.. Rasa bersalah masih menular dalam diri.. Tapi.. Saya tak tahu nak buat apa.. 

Apa agaknya rasa, kalau di'reject' oleh keluarga sendiri? Itulah perasaan saya setiap hari.. Sejak kecil lagi, saya sangat takut bila dengar bunyi loceng gelang kaki Ibu.. Bila saya dengar, saya terus bangun, atau munculkan diri.. Dan bersedia untuk dimarahi, sedangkan saya tak tahu sama ada Ibu dalam keadaan tenang, atau marah.. Sehingga ke hari ini, Setiap kali saya dengar bunyi gelang kaki, saya masih munculkan diri, dan bersedia untuk sebarang leteran, bebelan atau jeritan Ibu.. Guru kaunseling saya pernah cakap, yang saya kena tenangkan diri, dan cuba untuk buang penyakit fobia ini.. Tapi, saya tak dapat nak buat apa - apa.. Dari kecil lagi, saya dilayan begitu teruk.. Paling teruk dalam kalangan adik beradik saya..

Sekarang, dah ada teknologi canggih.. Whatsapp dan sebagainya.. Setiap kali dalam group Whatsapp family saya, kalau saya nampak "*.Ibu_Beloved.* is typing...",saya bersedia untuk sebarang leteran dan cemuhan.. Bersedia untuk dimalukan dalam group, di hadapan adik - adik.. Bila nak call Ibu saya pun, sama juga.. Selalu dalam keadaan takut.. Sebab itu saya jarang call Ibu.. Hati Ibu saya sangat baik.. tapi caranya agak kasar dan menyakitkan.. Awak pernah pesan, untuk call Ibu setiap hari.. Paling tidak, 2 hari sekali.. Tapi, bukan senang.. Orang lain, selamba je call Ibu dia.. Siap boleh bergurau tak kira masa.. Kadang - kadang, ibu diorang pulak call anak dia.. Awak pun sama jugak kan? Tipulah kalau Ibu awak tak call awak.. Tanya khabar, sihat atau tak, ada duit tak, dah solat belum.. Saya? Tak call, kena marah.. Cakap anak tak ingat keluarga.. Lupa diri.. Bila call, kena marah bagai.. Tanya khabar, jauh sekali.. Kalau tanya pun, tunggu bila mood Ibu betul - betul baik, dan benda sebegitu jarang berlaku.. Ibu call saya? Call, tapi bila perlu je.. Simpan barang ni kat mana, sebagai contoh.. Tak pun, kena marah.. Itu je.. Hmm..

Hari ni, saya ada call Ibu.. 2 kali.. Yang pertama, Ibu letak terus.. Yang kedua, Ibu angkat, tapi Ibu letak balik.. Hmmm.. Macam mana saya nak betulkan hubungan ini, awak? Inikah hidup yang awak nak saya teruskan? Hidup dalam keadaan gelisah, rasa takut dan bersalah? Inikah hidupnya? Saya selalu nasihat awak untuk rapat dengan Ibu awak.. Buat apa yang saya nasihatkan.. Sebab apa? Apa yang saya nasihatkan kat awak, ialah apa yang saya selalu buat selama ini.. Bagi orang lain, usaha saya sudah terlalu cukup untuk buat hati orang lain gembira, terutamanya orang tua.. Tapi pagi Ibu dan Papa, tidak pernah cukup, awak.. Saya tahu, kalau awak buat apa yang saya lakukan selama ini, Ibu awak pasti terima awak dan layan awak seperti yang sepatutnya.. Dan awak pasti akan rapat dan berasa lebih senang bila bersama Ibu awak.. Sebab itulah saya nasihatkan awak sebelum ini.. Tapi saya? Saya tak tahu nak buat apa dah, untuk ambil hati Ibu saya.. Seakan - akan terlalu tinggi tempatnya untuk saya capai, dan saya langsung tidak diberi peluang..

Kalau layanan yang saya dapat ni, sama dengan adik - adik yang lain, takpela jugak.. Tapi tak.. Izzy dah masuk UiTm hampir 2 minggu.. Tapi boleh kata hampir setiap hari Ibu call Izzy.. Masa saya masuk dulu, tak pernah macam ni.. Sebab Izzy tu perempuan? Okay.. Farhan dulu ada pergi tahfiz, ada pergi sekolah jauh sekejap.. Hampir tiap - tiap hari jugak tanya khabar.. Saya tak dapat pun layanan sebegini.. Kenapa saya dibeza - bezakan? Kenapa saya diabaikan? Sebab saya bodoh dalam kehidupan ke? Sebab saya tidak boleh diharap ke? Sebab saya ni lembab ke? Saya keseorangan, awak.. Awak, walaupun terpaksa tanggung Ibu dan Ayah awak, sekurang - kurangnya ada orang yang memerlukan awak.. Dan secara tidak langsung, mereka jadi pembakar semangat awak untuk teruskan kehidupan.. Paling tidak, awak ada ramai kawan yang mampu tolong awak.. Baik kat UniMAP, kawan - kawan lama awak, atau sepupu awak.. Semua ada.. Saya? Awak mungkin fikir saya ada segalanya.. Kekayaan, kejayaan, pangkat dan sebagainya.. Tapi saya pernah cakap kat awak.. Saya takde apa - apa.. Saya lebih miskin dari awak.. Lebih HINA dari awak.. Inikah hidup yang awak nak saya teruskan? Hidup yang HINA ini?

Semalam, Faizal ada komen dekat Insta.. Ya, Faizal dah ada Insta.. Kalau nak, pergi laa check follower Insta saya.. Saya tak block awak pun.. Anyway, saya balas laa komen dia.. Jujurnya, saya tengah agak tertekan semalam.. Sedih.. Sakit.. Tapi saya cuba tak nak tunjuk depan Faizal.. Saya cuba follow Faizal.. Insta dia, dia buat private, so kena request.. Dia macam bergurau la, tak nak approve.. Jujur saya cakap, saya agak terasa.. Tapi takpela.. Saya tahu, gurauan dia memang agak kasar dan mendalam, dan saya pun jenis cepat makan hati.. Saya tak chat banyak.. Just like gambar - gambar Insta dia, then chat la kat Whatsapp.. Cakap, gambar - gambar dia ambil tu cantik.. Memang cantik pun.. Tiba - tiba dia cakap yang chat dengan saya ni merugikan je.. Sakit, awak.. Saya tak rasa itu satu gurauan.. Ya, saya akui.. Dia banyak tolong saya.. Dan memang salah saya sebab tak contact dia untuk jangka masa yang agak panjang.. Chat pun, dia yang selalu mulakan dulu.. Tapi, perlukah dia cakap macam tu? Sakit awak.. Hati saya, dah takde orang jaga.. Sekarang jaga hati family, tak boleh.. Nak jaga hati awak, tak boleh.. Nak jaga hati orang lain pula? Hmmm.. Macam mana sekalipun, saya tak boleh salahkan sesiapa.. Semua ini salah saya.. Hmmm.. ='(

Bila semua ini akan berakhir, awak? Saya tak tahu nak buat apa dah.. Langsung tak ada semangat untuk buat apa - apa.. Susah nak buat kerja dengan hati yang bernanah ni.. Sakit.. Hmmm..

Saya rindu awak.. Sangat rindu.. Selalu sebak setiap kali teringat kenangan - kenangan kita.. Baik kat Perlis, kat rumah awak, kat Melaka, Kat KMJ, kat Tangkak, ataupun dalam alam maya.. Saya rindu awak sangat.. Andai satu hari nanti, awak datang Melaka, saya dah rancang semuanya.. Nak bawak awak gi jalan - jalan pusing bandar Melaka, nak bawak pergi Klebang, nak bawak awak main badminton dengan kitorang, bawak awak main boling sebab saya nak ajar awak, bawak awak jalan - jalan kat Dataran Pahlawan, Naik "river cruise" lalu Sungai Melaka, naik Menara Taming Sari, pergi Bangunan Merah, pergi A' Famosa.. Saya dah rancang semua tu.. Saya memang tak kisah kalau saya penat hari itu, sebab saya tahu saya akan menyesal kalau saya berhenti rehat.. Saya nak guna setiap saat dalam hari itu, untuk bersama awak.. Tapi.. Itu agak mustahil.. Memang mustahil.. Saya tahu, Syada tak bagi.. Yang lain pun takkan bagi.. Ibu Ayah awak pun mesti tak bagi.. Takpela.. Cukup laa sekadar angan - angan yang tak mungkin jadi kenyataan.. Sekarang saya dah keseorangan.. Saya hanya dapat bayang sahaja, yang awak masih ada di sisi saya.. Saya takkan cari lain.. Ushar pun tidak.. Cukup laa seorang sahaja yang saya sayang.. Dan saya harap itulah yang terakhir.. Buat masa ini, saya cuba bawa hati ini untuk merangkak mengharungi hidup saya yang hina dan terbiar ini.. Maafkan saya andai terkasar bahasa.. Terima kasih sebab benarkan saya untuk guna blog sebagai tempat luahan hati ini..

Saya rindu awak.. Abang sayang Nur.. ='(


Hati yang terbiar,

.451241.

Friday 11 September 2015

Masih.Aku.Cinta

Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
TAKKAN ku BISA melupakan mu
Caramu, memanggil nama ku
Terasa seolah kau masih.....ada...

Jauh di dalam sanubari ku
TAK ku RELAKAN pemergiaan mu
Namun ku, kan selalu doakan mu
Agar kau takkan terus ter....luka..

Kau kan temui...bahagia...
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar
Aku, akan selalu ada
Dari JAUH engkau masih ku CiNTa
Dari JAUH aku masih mencinta

Takkan pernah ada penggantimu
Yang mempertahankan ku seperti mu
Satu dunia, MENENTANG CINTA KITA
Akhirnya kita terpisah jua

Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintai mu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku


......

Assalamualaikum, awak...
Sejak daripada peristiwa tu, kte tak nak update apa-apa dulu dalam blog.. takut terikut sangat perasaan.. jadi better kte diam je dulu... kadang-kadang dengan cara ini sahaja, kte dapat baca serba sedikit tentang kehidupan awak..

Sabar, awak... kte tahu... kte hanya mampu nasihat macam tu, awak sendiri yang alami bukan mudah, kan? Kte faham.. kte cuma harap, awak tak putus asa ye? Kte tak minta banyak.. buat masa ini, tolong cuba rapatkan kembali hubungan awak dengan keluarga awak.. kalau perlu, bila free awak balik ye? Nampak kan kesungguhan awak.. yang paling penting, kte nak awak ikhlas... bukan buat kerana terpaksa...

Hmmm...
Kte tak tahu untuk kali yang ke berapa kte beritahu awak, blog ini... untuk kegunaan kte berdua... bukan kte sorang... email pon masih firatisya45... kte rasa awak tahu mana kte dapat ilham nama dan nombor tu kan?
PAssword, jangan cakap lah awak masih tak nampak apa maksud password tu... tapi sampai sekarang awak kata pinjam pinjam... kalau barang yang awak bagi kte... BAGI... kte still cakap kte PINJAM... maksudnya, kte kena pulangkan balik, kan? Apa awak rasa? Awak nak kte PULANGKAN ke??

Buat pengetahuan awak, kte dah lama dapat alamat kolej kediaman awak.. dengan pengesahan daripada beberapa orang student UTeM sendiri... kte pernah beritahu awak, kte banyak 'kaki'... kte boleh cari awak... dan dah jumpa pon... walaupon baru sekadar alamat.. sebab untuk bertemu dengan awak, memang takkan mungkin... untuk bersama awak, hanya angan-angan... untuk menyayangi awak, adalah risiko... bukan kte tak pernah ambil risiko itu... pada awalnya apabila terbabit pada kte sahaja, kte masih mampu terima dan bertahan... tetapi tidak apabila awak juga terpalit sebab kehadiran kte... hmmm...

Kte kembali macam kehidupan selalu... setiap malam terbaru ini, kte perlu datang tengok junior-junior intake baru untuk berlatih.. baru masuk dah ada 3 job besar.. masa Majlis Konvo, FestKon, Teater Muzikal... kte? Kte memang tolong untuk balik tabir je.. ktorg bagi peluang junior berlakon...
Ada seorang ni memang junior intake baru, tapi dea tua setahun daripada kte.. dea banyak pengalaman berteater sebelum ni... sangat talented.. budak Ampang...

Malam tadi, masa kte dengan syada nak pergi kangar, masa naik bas... ada sorang mamat ni dok perati kan kte... perati taw... pandang tak lepas! Bukan usha... ni memang betul-betul pandang... ktorg tak ada lah pikir sangat then duduk je lah kat seat belakang dia since itu kosong and tempat favourite Syada... tapi sepanjang perjalanan ke Kangar... dea asyik pandang ke belakang.. pandang ktorg... bila berhenti kat bumita, dea duduk kat bahagian kiri, tak nak berganjak sampai ada IS tu kena masuk and duduk bahagian kanan... since kte duduk belakang sebelah kanan, jadi senang gila arrr dea nampak kte... Syada pon perasan taw perbuatan mamat tu... sampai memang rasa insecure gila...
Lepas sampai Kangar, bila ktorg turun, dia immediately cepat-cepat turun sekali...! Seram sangat, awak... kemudian dea jalan kat belakang ktorg... lama sebelum ktorg nak melintas pergi Bank Muamalat...

Balik tu, kte ada gak terfikirkan kemungkinan-kemungkinan untuk kte akan bertemu kembali mamat tu..
Risau gak sebenarnya..

Awak...
Kalau free, tengok video klip lagu Masih Aku Cinta oleh Shila Amzah... yang ada Johan Juvana tu... mungkin, awak akan faham sikit... perkara ini memang susah... tapi... hmmm... maaf, mungkin kte dah faham perasaan Puteri sewaktu ambil keputusan untuk tinggalkan Irfan walaupon dea pernah sayang sangat...
Hati pun ada limit jugakk kadang-kadang... gara-gara dah selalu, mungkin hati kte dah bersedia untuk terima keadaan ini.. sebab sejujurnya, kte dah dapat jangka kan keadaan ini daripada dulu lagi...

Kte ikut nasihat ibu, berkawan dengan semua orang.. jangan jadikan sesiapa special dulu.. kalau tak jadi, kte tak sakit... tak terluka sangat... bila kte terlalu berharap, tetapi tak jadi... kesian kepada orang yang sepatutnya kte curahkan kasih sayang nanti tak dapat sepenuhnya kasih sayang kte....

Kte bukan nak kahwin untuk bercerai, tapi cukup lah sekali perkahwinan hingga ke akhir hayat dan bertemu kembali di Jannah Allah...

Ramai tahu, untuk lupakan awak begitu sahaja bukan mudah bagi kte... antara cara adalah seperti sebelum-sebelum ini... kte kena cari pengganti untuk ubati semula hati ini... tapi, kte tak sanggup lagi menjadikan hati sebagai taruhan lagi... sudah terlalu penat rasanya...
Kte masih lagi nakal... konon mencari freshie untuk usha-usha... bercerita konon pasal crush... tapi hakikatnya, masih patung daripada awak jugak yang kte peluk, baju awak juga kte buat meneman... macam tak boleh move on kan??
Memang kte ada niat untuk pulangkan semua barang awak semula... biar kte tak nampak 'awak' di mana-mana... tapi kte tak sanggup... kte sayang 'dorang' kerana pemberinya... kte minta maaf.. halalkan ye?
Tetapi, kte yakin... sekiranya berterusan... 1hari nanti kte akan cuba untuk terima hakikat dan menyimpan kenangan-kenangan ini... simpan, dan sorok kan dari pandangan mata kte...

Masa itu, mungkin hati kte dah betul-betul putus asa... dan sedar kedudukan kte sekarang... terima ketentuan Allah dengan hati yang ikhlas.. dan sentiasa mendoakan kebahagiaan awak... maaf, andai kehadiran sementara kte mendatang seribu satu bencana pada awak dan kesengsaraan buat awak...
Mianhe yo... maaf...

Hati yang nazak,
-172112-

Rindu

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..

Sejak malam sebelum 9hb September, saya tak dapat nak telefon Ibu dan Papa.. Kadang - kadang, saya sendiri yang tak telefon, sebab terlalu takut dan tak nak lagi menangis.. Malam ni, Ibu remove saya dari group family.. Kerana terlalu mementingkan perasaan sendiri, saya dilayan dan dibuang sebegini.. Saya akur.. Namun, ini terlalu berat.. Saya tak mampu..

9hb September, tandanya 518 hari saya sayang awak.. Tak kurang, makin bertambah.. Namun, kali ini.. Ia mungkin tidak berbalas.. Macam awak cakap, awak dah tak tahu nak rasa apa.. Perasaan itu, mungkin sudah lesap dek perbuatan saya yang degil, dan cacian keluarga saya yang perit terhadap awak.. Saya akur.. Namun, saya sudah terlalu letih untuk bertahan.. Saya tidak ada sesiapa untuk saya luahkan kepenatan dan kesedihan yang terpendam..

Hari Rabu, saya ada ajak Faizul, Sufi dan Tebey main boling.. Saya cuba untuk tenangkan perasaan saya dengan bermain boling.. Tak banyak, cuma 3 game.. Pada awalnya, saya nak main sorang - sorang.. Tapi saya takut terlayan fikiran yang kusut ini.. Nak ajak diorang, tak ada duit.. Jadi, nak tak nak, saya belanjakan duit saya untuk 3 game, walaupun saya tahu ini akan menyusahkan saya satu hari nanti.. Habis main, fikiran dan perasaan yang saya anggap sudah hilang, datang kembali.. Mengadu sakit pada diri sendiri, seorang diri di dalam bilik.. Saya redha dengan ujian ini.. Namun, saya tak dapat menahan lagi keperitan ujian ini.. Sakit, awak..

Malamnya, Al ajak kami main badminton.. Saya ikut, sebab sekurang - kurangnya dapat membuatkan saya lupa sementara tentang masalah.. Baru ingin nak bergembira bersama kawan lelaki, Tebey pula ajak 'girlfriend'nya, Manis.. Memang saya tengok sweet sangat diorang berdua.. Membuatkan saya lagi rindukan awak, dan sedih dengan pemergian awak.. Saya faham, awak terpaksa.. Tapi.. Hmm.. ....

Hari ni, saya menangis lagi, sebab teringatkan cerita awak tentang pensyarah Cina dalam kuliah awak.. Saya tak ingat sangat cerita - cerita awak.. Tapi, bila ada pensyarah Cina datang masuk kelas saya, saya memang teringat cerita - cerita awak kat UniMAP.. Sebak, awak.. Saya nak dengar lagi.. Hmm.. ='(

Saya ada buka moment WeChat.. Saya nampak moment Lili, post gambar awak dengan dia.. Saya rindu.. Seakan - akan sudah terlalu lama saya tak nampak awak.. Saya sebak.. Pastu, saya nampak awak hacked WeChat Lili.. Saya baca, tapi saya hanya mampu sekadar 'like' sahaja.. Ada juga Lili komen dekat moment Kak Bella, pasal asap vape dan sebagainya.. Apa yang Lili komen, adalah dari kata - kata awak.. Hmm.. Saya tak fikirkan apa - apa, dan saya tak nak buat persepsi yang membabi buta.. Tapi, nasihat saya, aya harap awak masih teruskan perubahan diri awak ke arah yang lebih baik dan solehah, dan tak kembali ke zaman gelap awak semula.. Jaga iman, jaga hati.. Banyakkan istighfar, memutihkan hati.. Saat saya baca moment dan komen tu, saya jadi makin sebak, menahan rindu di dada.. Tapi apakan daya.. Ini semua salah saya.. Kalau tak kerana tindakan bodoh saya.. Hmmm.. Saya mintak maaf.. ='(

Sekali lagi, saya buka Insta untuk cuba follow awak.. Tapi masih tak boleh.. Saya tengok Insta kawan - kawan awak.. Saya nampak awak.. Ada sesetengah gambar yang ada awak kat dalam.. Awak tersenyum.. Baguslah, Alhamdulillah.. Saya pernah bagitahu awak.. Saya nak awak selalu senyum dari dalam, walaupun bukan kerana saya.. Hari ini, dan mungkin sebelum - sebelum ini, awak dah pun tersenyum saat awak bersama sahabat - sahabat awak.. =') .. Namun.. Saya juga inginkan kebahagiaan dan ketenangan.. Saya pernah dapat sebelum ini, apabila saya bersama awak.. Saya rindu.. Saya tahu, ianya salah.. Tapi.. Saya rindu.. Rindu awak.. ='(

Maafkan saya, sebab guna Gmail awak untuk buka blog kepunyaan awak ni.. Saya harap, awak jangan tutup blog ni.. Saya masih perlukannya.. Walaupun saya tak tahu sama ada awak baca dan balas atau tak, tapi sekurang - kurangnya saya boleh bayangkan yang awak masih mendengar dan membaca.. Maafkan saya.. ='(

1774511n.41<21.177317414414179117721..
17744#1<417.45..

Yang terbuang,
.451241.

Wednesday 9 September 2015

Aku Sakit

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..

Saya.. Tak tahu nak cakap ape.. Saya memang tak pandai berkata - kata.. Banyak perkara yang saya nak ceritakan.. Kesedihan, keterujaan, kemarahan.. Yang pasti, tiada kegembiraan.. Tiada lagi kebahagiaan..

Sejak dulu lagi, saya percaya, saya tak layak untuk mendapat kebahagiaan atau kegembiraan.. Setiap kali saya hampir dapat peluang nak happy, datanglah guruh dan hujan.. Sejak dari Form 1, sehinggalah matrikulasi.. Sehingga saya jumpa awak.. Sejak saya kenal awak, saya akui, saya banyak menangis.. Tapi, saya telah mendapat kebahagiaan dan kegembiraan hidup yang paling panjang dalam hidup saya.. Namun, kini, saya dah mempersia - siakan semuanya.. Nak menyesal, dah tak guna.. Semua dah tinggal.. Kini, saya keseorangan..

Rintihan dan tangisan dulu, dapat didengari oleh Faizal atau Irfan.. Kadang - kadang, Haziq pun dengar.. Tapi sekarang, sudah semakin sukar untuk saya meminjam mana - mana bahu insan yang sudi.. Faizul, bukannya dia tak ada.. Tapi, saya nampak.. Dia ada banyak lagi hal yang perlu diselesaikan..

Ada sebab kenapa saya dijadikan sebagai manusia yang terlalu memendam perasaan.. Saya terlalu mengutamakan perasaan orang lain, tak sanggup lihat yang lain terluka dek memahami diri saya.. Ibu, Papa, kawan - kawan, awak.. Sekarang, kerana mengutamakan perasaan sendiri, Papa mahukan saya buang Papa.. Ibu pun tak layan.. Adik - adik, sudah tentu menyokong Ibu dan Papa.. Saya dah cakap macam mana pun, awak tetap tinggalkan saya.. Kelab #TheKacangKidz, tak dapat lagi saya baca mesej - mesej diorang.. Walaupun saya kurang aktif, tapi saya suka perhati gelagat korang.. Tapi, apakan daya.. Saya hanya orang luar.. Kawan di sini pula, bukannya jenis yang suka mendengar masalah dan tangisan orang, melainkan perempuan.. Saya sekarang betul - betul keseorangan.. mengadu kesakitan kepada diri sendiri.. Meluahkan tangisan yang tiada suaranya..

"Ya Allah, permudahkanlah urusankanku, dan janganlah Kau menyusahkannya. Ya Allah, akhirkanlah ia dengan kebaikan."

Ya.. Saya ada Allah.. Tetapi saya terlalu berdosa padaNya.. Pastu pula saya buat Ibu dan Papa terguris hati.. Kalau Allah murka, macam mana? Macam yang awak cakap, Allah sekarang bayar 'cash'.. Ya, saya yang dapat.. Kalau saya dengar cakap awak awal - awal, kalau saya tak pergi rumah awak, semua ini takkan terjadi.. Kerana saya, Ibu awak dalam ketakutan.. Kerana saya, awak dihina dan dimaki.. Kerana saya, hubungan saya dengan keluarga yang dah renggang, kini makin bertambah renggangnya.. Kerana perbuatan semua inilah, Allah SWT dah bayar 'cash' kat saya.. Saya redha.. Saya terima.. Tapi.. Saya pun tak larat.. Saya sakit.. Sangat sakit.. Saya tahu, memang saya layak dapat ujian sebegini.. Tapi saya pun ada rasa sakit.. Macam mana saya nak teruskan hidup saya? Macam mana saya nak teruskan masa depan saya? Hati saya dah nazak dek balasan ini.. Saya perlukan hati saya terjaga, untuk saya teruskan hidup saya yang menyedihkan ini.. Saya sakit, awak.. ='(

Setiap kali saya tersenyum, ia menyakitkan lagi hati saya, kerana tak henti memikirkan apa yang akan terjadi di akhir ujian ini.. Setiap kali saya cuba fokus dalam kelas, ia membuatkan saya sedih, sebab tersedar bahawa semangat saya untuk belajar telahpun hilang dan musnah.. Setiap kali saya ke kelas atau ke mana sahaja, dada semakin sebak, kerana setiap perbuatan yang saya lakukan sebelum ini, selalu terbayangkan diri awak bersama saya, walau di mana pun saya atau apa pun yang saya buat..

Saya tak sekuat awak, boleh berpura - pura tidak ambil kisah tentang kesedihan yang melanda.. Baguslah, sebab kawan - kawan awak pun suka dengan perubahan awak.. Saya tak.. Saya masih sama.. Masih sama dari dulu lagi.. Kini, awak dah betul - betul 'hilang' dari pandangan saya.. Semua tempat dalam laman sosial, sudahpun disekat.. Tak dapat lagi saya memerhati gelagat awak dengan kawan - kawan, aktiviti harian awak dan sebagainya.. Kadang - kadang bila saya nampak kawan awak mention nama awak dalam moment, saya jadi sebak, sebab saya tahu, awak mesti komen, dan saya tak dapat lihat semua tu.. Tiap - tiap hari, saya buka Insta awak, dan cuba tekan 'Follow', dengan harapan 'request' saya tak ditolak secara automatik.. Tapi, apakan daya.. Bodohkan saya? Dah tahu memang kena reject, tapi masih nak cuba.. Setiap kali saya buka Facebook, saya cuba buka Fb awak.. Apa yang saya boleh lihat, hanyalah profile picture awak yang menunjukkan awak terluka dek perbuatan saya.. Saya perasan, awak dah unblock saya dalam Line.. Mungkin ada ralat, atau mungkin disengajakan.. Saya tak tahu.. Tapi, saya tak nak cuba hantar mesej kat awak, sebab saya takut di'block' semula..

Sekarang, awak cuba nak dapatkan alamat kolej saya.. Jujurnya, saya memang tak tahu.. Kalau ikutkan, saya memang akan benarkan Faizul bagi alamat kat awak.. Tapi, memandangkan niat awak untuk pulangkan pemberian saya, saya terpaksa.. Cukuplah kesakitan dan kepedihan yang saya alami sekarang.. Kalau saya nampak hadiah saya pemberian saya dipulangkan semula, makin bertambah pedih, awak.. Kalau awak tak nak semua tu, awak bagilah kat sesiapa.. Tak pun, awak bungkus elok - elok, dan bagi kat orang sebagai hadiah hari jadi atau sebagainya.. Just.. jangan bagi saya.. Tolong.. Saya dah cukup sakit, awak.. Sakit.. ='(

Saya rindu awak.. Sangat rindu.. Saya.. Tak tahu nak buat apa.. Kawan tak ada.. Nak mesej orang, sibuk.. Nak call family, kena marah.. Nak contact awak, tak boleh.. Nak jalan - jalan, jauh.. Saya rindu.. Sangat rindu.. Sakit, Nur.. Saya sakit.. ='(

Andai ada kata - kata saya dalam blog ini, dijadikan pertikaian, saya minta maaf.. Seperti yang saya bagitahu, saya tak pandai bercakap.. Tak pandai luahkan perasaan..

Aku sakit
Bila menatap matamu
Sadarku bahwa engkau bukan milikku

Aku sakit
Bilaku mengagumimu
Sadarku kau tak pernah mengagumiku

Bangunkan aku dari tidur panjangku
Sadarkan aku dari mimpi tentangmu
Ku salah bila ku berharap padamu
Salahku paksa kau tuk mengagumiku

Kau tak tahu perasaanku
Dan ku tak mahu kau tahu

Aku sakit
Jika kau tahu hatiku
Karna diriku tak berarti bagimu

Aku sakit
Bilakah kau sembuhkan aku
Tak mungkin, tak mungkin
Sungguh tidak mungkin

Bangunkan aku dari tidur panjangku
Sadarkan aku dari mimpi tentangmu
Ku salah bila ku berharap padamu
Salahku paksa kau tuk mengagumiku

Kau tak tahu perasaanku
Dan ku tak mahu kau tahu

Aku sakit.....



.451241.

Monday 7 September 2015

Peneman sepiku

Saat aku tertawa, di atas semua
Saat aku menangisi kesedihan ku
Aku, ingin engkau selalu ada
Aku, ingin engkau aku kenal

Selama aku, masih bisa bertahan
Masih sanggup berjalan
Ku kan selalu memujamu
Meski ku tak tahu lagi
Engkau ada di mana
Dengarkan aku, KU MERINDUKAN MU..

Saat aku mencoba, merubah segalanya
Saat aku menangisi kekalahanku
Aku, ingin engkau selalu ada
Aku, ingin engkau aku kenal...


Kte tak jumpa kata-kata dah untuk luahkan kerinduan kte yang amat sangat terhadap awak... kte tak tahu nak buat apa lagi untuk bebaskan diri kte daripada belenggu kenangan awak... kte tahu apa yang patut kte buat untuk cuba teruskan hidup macam biasa menyebut nama awak walau sehari kepada sesiapa...
Kte tak tahu awak... kte tak tahu.. :'(

Kte masih tidur berteman kan baju awak... masih tidur memeluk Putri Asfeera Diana pemberian awak... masih memakai cincin ukiran 'AsFa' yang kte buat sepasang dengan awak... masih teguh teringat dan terngiang-ngiang suara tenang awak memanggil lembut nama kte...
Awak... apa yang awak dah buat pada kte? Susahnya nak pura-pura hati kte okay tanpa awak... salahkah ke kalau kte rindu awak? Kte minta maaf... maafkan kte, awak... :'(

Macam-macam yang kte cuba buat, awak... antaranya, transfer and clear kan gambar-gambar lama yang ada dalam phone... sebab kte tahu ada banyak gambar awak.. kte tak boleh sorang, nanti kte start sebak dalam diam.. kte tak nak nampak lemah sebab cinta... itu bukan kte... tapi adakalanya, kte tewas juga.. kte tewas, awak... kte tak cukup kuat menepis bayang awak.. walaupon gambar awak, kte dah transfer ke laptop, tapi kte masih mencari... mencari awak... insta, wechat, line.. semua... kte masih stalk dengan harapan dapat melihat wajah meski hanya dalam screen kaku ini sahaja...


Tuhan saja yang tahu,
Perasaan ku..
Berperang, dengan suasana...
Hinggakan ku terpaksa,
Meninggalkan mu...
Kerana, tak sanggup melihat kau menderita.....

Buat masa ini,
Kte akan cuba sedaya upaya untuk kawal perasaan ini... terima kasih, sebab awak banyak mengajar kte erti kesabaran...

Masih sabar menanti,
-172112-


Setengah Mati Merindu

Assalamualaikum...
Kte tak tahu nak cakap apa... kte tak tahu macam mana nak luahkan apa yang terbuku di hati kte saat ini...
Kte sedih, sebak sangat... kte nak tahu keadaan dia.. sangat nak tahu... kte tak mampu mengingkari kata-kata yang pernah kte luahkan.. kte cuma nak yang terbaik untuk dia...

Ya Allah... tak cukup ke kami diduga dengan jarak yang sangat jauh?? Tak cukup ke dengan kesukaran kami untuk bertemu??? Sekarang, untuk bertanyakan khabar dia pun umpama satu mungkiran janji pada diri sendiri... Benarkah sebab kte, dia berubah?? Betul ke kte ni queen control?? Betul ke sebab kte, dia jadi makin teruk... Sebab kte juga ke dia menipu?? :'(

Dah hampir sebulan ktorg tak berhubung langsung... tapi masa seakan lebih lama daripada itu... sangat lama... rasa kosong... kekosongan itu, masih menanti dirinya... kesepian tanpa ucapan salam daripada nya... selamat pagi.... selamat malam... dah makan ke belum? Buat apa tu? Tak pernah jemu tanya soalan yang sama setiap hari...
Ktorg tak pernah ketandusan idea untuk bersembang... pasti ada sahaja hal untuk disembangkan...

Sepanjang malam ni, kte hanya menghadap laptop tengok gambar-gambar lama... masa matriks... video-video dia... menari... aerobik... karoke... bercakap... pesanan... tak bosan...

Ada 1video... kawan kte curi-curi record... dia cakap pandang tepat pada kamera... dia bagi ucapan...
"Saya sayang awak... saya takkan tinggalkan awak.........."
Panjang gak... slow, tak dengar sangat... masa tu kte ada kat sebelah dia betul... masa tu kte gelak... dea bagi ucapan tu, pada tepat kat kamera phone kte... tapi bukan pada kte kat sebelah dia masa tu... muka dia masa tu pon, sangat serious... tadi, baru kte tahu sebab... kenapa dia buat macam tu... :'(
Video tu, kte tengok semula... tapi, dia masih ada... memandang kte... yang sedang tengok video tu... dia nak seolah-olah dia masih bercakap pada kte walaupon dia dah jauh dan kte sekadar tengok semula video tu... :')

Esok start sem baru... kte nak tahu keadaan dia... kte harap keluarga dia izinkan dia sambung belajar...
Kalau disebabkan kte pelajaran dan pengajian dia jadi taruhan, kte rela undur diri... masa depan dia... kte tak nak musnahkan masa depan dia...
He, deserve better.. demi kebaikan dia.. kte kena kuatkan hati untuk pastikan dia tidak diganggu oleh kte..
Kte akan tunggu.......

Tetap merinduimu,
-172112-

Sunday 6 September 2015

Semester 3

Assalamualaikum...
Hai semua pun adui... alhamdulillah.. kte masih berpeluang untuk sambungkan pelajaran kte ke semester berikutnya.. kali ni, untuk tahun 2, kte dengan Syada still dapat tingkat 3... dekat dengan bilik lama...hahhaa... bilik lama, Ezza yang duduk... ok lah kowt walaupon tingkat 3, tapi dekat dengan tangga dengan bilik air.. bersyukur jugak..
Kak Bella, dapat bilik lama... huhu.. so still 1aras dengan kte n takde lah jauh sangat..huhu..
Lili dengan kak Amy? Dorang dapat tingkat 2.. alah... bawah je pun... dekat gak nak pergi... huhu
Bilik kte, kte register kan nama Syada dengan Hana sekali... Syada memang ada... tapi Hana......kte harap sangat dea tak tangguhkan pengajian dia :'(

Sayang...
Awak macam mana lak ekk?
Kte teringin sangat nak tahu... kte harap sangat Allah lembutkan hati papa awak untuk izinkan awak sambung belajar... in shaa Allah, kte akan cuba sebaiknya untuk jauhkan diri daripada awak... demi masa depan awak... hmm...

Sem ni kte cuba nak jadi rajin sikit.. teringin jugak nak dapat result yang tinggi sikit... sampai bila kte kat tahap tu je kan?

Awak...
Kte rindu... sangat rindu....
Kte rindu awak....

By the way, makcik kte dapat UTeM taw.. errmmm... dea muda setahun daripada kte.. tapi pangkat makcik sebab dea anak TokMan, adik TokMak kte yang bongsu... yang penanda paper add-math tu.. yang pernah ajar kte masa ayah ibu pergi Bandung tu... antara atok sedara yang kte rapat gak laahh...huhu

Ok, Abib dapat UTeM... nama dea Afiqah Salman... tapi abib tu panggilan family... sebab apa? Kte pon tak pasti.. lupa nak tanya Nekwa...huhu... Salman tu pulak sebenarnya gabungan nama TOKman dengan NEkwa..
Salwa + Rahman = Salman
Semua anak2 tokman ada Salman...huhu

Nanti nama anak-anak kte letak Asfa...aamiinn...in shaa Allah, k?

Awak...
Kte harap awak dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga awak dan dimana pon awak berada...
JAga diri, hiasi peribadi... jaga mata, jaga hati, jaga iman... jaga diri awak untuk kte...hmmm...
Kte minta maaf kalau seandainya kasih awak akan semakin pudar terhadap kte.. kte faham... kte redha... tapi buat masa ini... hati ini masih pada awak... jaga lah elok2.. kalau awak tak nak... simpan lah mana-mana... tapi jangan pulangkan... sebab lagi sakit nanti... :'(

Maaf andai kte tidak sempurna,
-172112-

Wednesday 2 September 2015

Ku Merindukan mu

Assalamualaikum, RiNDu...
Awak... kte baca moment terbaru awak.. kte minta maaf sebab kte tak mampu nak buat awak gembira dalam keadaan kte berdua macam ni..
Awak... tolonglah kuatkan semangat.. kte buka happy tanpa awak... awak boleh tanya dorang yang selalu bersama kte macam mana setiap hari kte nak tahu pasal awak.. kadang2 kte malu nak whatsapp Aimi or kak Bella setiap hari hanya untuk tanya ada khabar terbaru daripada awak tak..
Setiap malam sebelum tidur kte masih bertemankan kenangan yang awk berikan kepada kte... awak... tolonglah berjuang...

Kte nak awak berjuang, bukan untuk kte.. bukan untuk keluarga awak.. tapi untuk diri awak sendiri.. Lillahi Taala..
Buat kerana Allah Taala..
Awak, janganlah macam ni.. setiap senyuman dan gelak tawa kte ibarat sesalan dan rasa serba salah yang menghimpit jiwa kte...
Awak tak bersyukur ke atas nikmat kehidupan yang Allah pinjamkan? Awak tak bersyukur ke nikmat senyuman untuk disedekahkan? Awak tak bersyukur ke dapat bersama kte walaupon bagi kte hanya seketika..

Kte sedang berjuang, awak.. masih berjuang.. setiap kenangan yang awak tinggalkan pada kte adalah semangat kte untuk terus menanti awak.. sayang, jangan sampai sayang awak pada kte melebihi sayang awak kepada Maha Esa.. kerana Dia yang pertemukan kte berdua.. Dia yang lembutkan hati kte untuk menyayangi dan menerima awak dalam hidup kte.. dan kte sangat yakin Dia juga akan permudahkan kte untuk bersama andai sudah ketentuan-Nya awak jodoh kte...

Kte masih berjuang, kte tak nak nampak lemah. Tetapi Allah Maha Mengetahui.. betul kata ibu.. sekuat macam mana pun seorang perempuan, kami sebenarnya lemah, awak.. sangat lemah, walaupon betapa teguh hati kami untuk kelihatan kuat.. sebab tu kami masih perlukan lelaki disisi..
Allah menjadikan lelaki dan perempuan sebagai pasangan. Kan?
Jangan disebabkan kte, awak kufur terhadap nikmat yang Allah berikan. Nikmat kehidupan awak.. janganlah awak sia-siakan..

Awak tahu? Hari tu ibu awak ada whatsapp kte.. beritahu yang awak bad mood je.. awak bayangkan apa perasaan kte bila keluar daripada hutan, bila ada line buka data dapat whatsapp daripada ibu awak.. pertama sekali kte baca, kte risaukan awak. Sangat risau.. kte hilang semangat.. awak masih berduka lara.. kedua baru kte perasan yang ibu awak yang whatsapp kte sendiri.. kte bersyukur, sebab kte yakin.. itu permulaan yang baik.. kte masih yakin pada hikmah disebalik setiap ujian yang Allah duga kte.. ABang, please...stay with me.. kuatkan hati dan semangat.. boleh??

Nur masih menanti dan menaruh harapan pada abang..
As, kalau awak tak cukup kuat.. macam mana awak nak jadi kekuatan untuk keluarga kita berdua nanti?

Kte harap awak faham apa yang kte maksud kan..hmm...

Yang masih menanti,
172112

Merdeka

Tanggal 31 Ogos 1990, pada waktu maghrib... lahirnya dia di Muar, Johor.. "Cahaya Kegembiraan Mata"... namanya indah... sangat rapat dengan keluarga... semua orang menyenangi dea... tak seperti adiknya... sangat kuat meragam.. kuat merajuk... kuat merengek... tak boleh kalah dalam main game, nanti menangis... kalau suka sesuatu benda tu akan minta banyak kali sampai dapat.. kasar... hmmm... macam2 lagi laa...

keluarga belah ibundanya start daripada keluarga Mak Long hingga Mamie (9beradik) ... semua amat menyayanginya... seorang yang ceria dan sering menghiburkan... dia merupakan orang yang pertama ke Matrikulasi dalam keluarga ibundanya... kemudian di ikuti dengan adiknya....hmmm... andai dea tahu..

Setiap rakan2 sepupunya, merupakan rakannya jua... sama seperti adiknya sekarang yang juga berkawan dengan rakan2 sepupu mereka... tapi pada kala itu... umur muda berdarah manis yang sedang bergelora itu mula memberontak tatkala melihat sepupu2 yang berumur lingkungan umurnya mendirikan rumah tangga dan ada yang mempunyai kekasih... Dia cuba memberontak kerana dia tahu ayahandanya tak pernah mengizinkan sesiapa diantara anak2 nya untuk bercinta selagi masih bergelar pelajar... Ketika itu, dea belajar di KMNS.. dia mula berkawan rapat dengan seorang rakan kepada sepupu2 lelakinya yang aku sendiri gelarkannya 'kambing'...

Berkawan? Tak pernah sekali pon ayahanda dan ibundanya melarang untuk berkawan. Malah, digalakkan berkawan dengan semua orang kerana dari situ nanti kita mampu memilih seorang yang terbaik dalam hidup kita.. kan? Tetapi dia tak faham atau mungkin, tidak pernah cuba untuk memahami apa yang dikehendaki oleh kedua ibu bapanya... padanya, keinginannya yang lama terpendam perlu ditunaikan...

Dari situ bermulanya terbit jurang yang semakin dalam antara dia dan keluarganya... setiap saudara yang menasihati seakan menjadi musuh pada nya... 😞😞😞
Sedih bukan? Hanya gara2 'seekor jantan' mampu merenggangkan hubungan yang lama terjalin.. kasih sayang antara keluarga yang sangat utuh dan teguh dimamah anai2.. luarnya cantik tetapi perlahan2 mereputkan kayu sehingga mampu meruntuhkan keteguhannya...

Satu hari yang perit... engkau tinggalkan kami disaat kami keluar bersama.. kau kata tak nak ikut..
Di mana letak tanggungjawab kau sebagai anak pertama??? Di mana hilang kasih sayang yang melimpah ruah terhadap keluarga?? Di mana letaknya kepatuhan kau kepada ayah ibu?? Ye! Aku tak pernah sebaik kau.. sangat cepat tangkap dalam pelajaran. Aku tak macam kau sangat pandai dalam Matematik. Aku tak macam kau disayangi dan disenangi oleh semua orang. Aku tak macam kau, patuh dan sentiasa menyenangkan hati ayah ibu.

Tapi aku juga tak macam kau dapat tuisyen... sebab aku tak pernah dapat peluang tuisyen! Aku tak macam kau dapat peluang untuk belajar UCMas.. cara pembelajaran matematik tanpa menggunakan kalkulator.. Aku tak macam kau pakai semua benda baru, sebab aku hanya dapat pakai sisa kau.. buku, kalkulator, even laptop yang aku pakai sekarang pon laptop kau! Yang dah biol...

Mana letaknya rasa bersyukur kau haa..? Ye, kalau nak dibandingkan kau memang anak yang baik... patuh.. tak pernah melawan... tak macam aku.. kuat melawan..kuat melenting... tapi sekurang2 nya aku tak pendam! Aku tak pernah berdendam dengan ayah ibu... aku lepaskan dan aku lupa.. tapi kau?? Senang2 sebab jantan, kau lupa apa yang ayah ibu dah buat selama ni kan?? Darah kau masih mengalir darah ayah ibu.. sebab nak lahirkan kau yang songsang.. ibu kena tahan operate menegak taw.. sebab kau masa kecil kalau tak cukup bantal2 dan keperluan kau, ayah sanggup patah balik ambil taw.. kau tak pernah nampak kasih sayang ayah ibu kan? Yang kau nampak ayah ibu kongkong.. kolot, tak bagi kau nak bercinta apa semua... ye! Aku lagi jahat.. banyak gila benda aku buat belakang ayah ibu.. aku tak pernah cakap pon aku baik.. tapi sekurang2nya aku stay... aku ni yang kuat melawan ni yang pikul semua tanggungjawab kau! Semua...!! Kau tak rasa hidup dalam bayang2 seseorang... hidup dalam bayang2 kau!

Ibu masih menangis sebab tunggu kau.. dan aku? Mangsa kau. Mangsa atas ketegaran kau yang kononnya mengejar kebahagiaan.. kalau kau bahagia di dunia, kau yakin kau bahagia kat akhirat dalam keadaan ayah ibu tak redha???
Pikir lah.. kau pandai.. lagi pandai kan daripada aku? Lagi baik kan?? Kau dah besar... dah 25tahun dah pon.. ALLah pinjam kan kte akal untuk berfikir.. semoga Allah bagi hidayah laa..

-172112-

Tuesday 1 September 2015

Kursus Kepimpinan

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, ni first time kte cuba update blog ni guna phone je..
Dah banyak kali sebenarnya cuba... tapi tak tahu kenapa tak boleh...huhu
Akhirnya, boleh gak...

Ok, rindu kte tak?
Sorry... kte tak ada masa nak buka laptop nak update blog ni apa sume..
Daripada nak mula ekk?

OK...
25hb malam kte bertolak ke perlis daripada kajang dengan Acap... sampai lebih kurang kul 7.30pagi 26hb.. tunggu kat kangar sampai pukul 10.15pagi then naik van ke unicity...
Lepas tu sampai je unicity, kte call nombor yang bagi mesej...
Oh ya, kte kena balik perlis kejap sebab kte dapat mesej nama kte terpilih untuk menyertai kursus kepimpinan unimap.. wallawweehh... kte ingat sebab kte nakal sangat ke ape...huhu
Ok lepas tu, orang yang kte call tu suruh kte pergi office untuk ambil kunci rumah.. rupanya ktorg berdua orang pertama yang sampai... huhu

Nasib baik ada akak Mpkk tolong tunjuk kan rumah yang dimaksudkan.. naik lif seram beb... sunyi... sebab budak diploma kat blok lain.. nasib baik berdua dengan akak tu... taklama tu, Intan datang dengan mak n makcik dia... so kte ada laa teman kat umah tu... kte ditanggungjawab kan untuk jaga kunci-kunci tu nanti bila orang yang nak datang ambil... macam running man gila kat unicity masa tu... kte taktahu dengan sapa kte berurusan.. misteri gile...hehhe

Malam tu, ktorg ada perjumpaan untuk program sepanjang 27-29hb tu nanti.. malam tu baru laa kte jumpa individu2 yang bertanggungjawab atas kursus ni... kursus ni sangat sulit... kte sebenarnya kena rahsiakan daripada pengetahuan pelajar yang lain... sebab kemungkinan besar kami di 'hentam' sangat tinggi... sebab apa??

Okay jujur...
Bila dah sampai Sik, Kedah.. kte baru jelas dengan tujuan kursus ini diadakan.. secara sulit dan rahsia sekali.. sebenarnye.. kursus kepimpinan ini terdiri daripada calon-calon mpp untuk fasa pertama.. hmm... jadi sebenarnya betullah apa yang roxa momok kan... kte taktahu langsung... kte tak pernah terfikir pon nak jadi mpp.. rupanya nama kte naik atas recommendation En.Karim... fasilitator pillars kte masa tu... kte tak pasti laa.. kte dapat peluang yang ramai orang nak...tapi kte tahu... tanggungjawabnya sangat besar... kte kena rahsia kan perkara ni untuk elakkan provokasi pelajar2 yang lain...hmm...

Pengalaman kat sana?
Best sangat!
Buat pertama kali dalam seumur hidup kte dapat bina rakit buluh buatan sendiri dan menggunakannya untuk menyeberangi Tasik Pedu...perghh! Memang best gila! Ktorg ambil buluh yang dah ditebang daripada tasik naik ke darat... banyak...dah laa hijau2 baru lagi... memang berat gila arr... ada laa dalam 15batang ke 20 batang macam tu... tapi yang ktorg guna cuma 12batang... panjang sangat! Boleh muat 11orang... satu group... ktorg buat daripada petang sampai ke tengah malam... solat ktorg jamak... ktorg susun n pilih buluh yang tegak n yang besar letak kanan kiri... lepas tu tebuk lobang antara ruas... pasak kan kayu supaya buluh tu cantum.. then ikat lagi dengan tali... lepas tu ikat lagi dengan buluh untuk kukuhkan lagi biar tak lerai... tapi biasa laa... amatur... kumpulan kte tertebuk lobang untuk pasak kayu tu terbesar... jadi air mudah masuk...huhu...

Nama kumpulan ktorg "Pirates of kain Batik"... hahaahaa... rare tak? Bendera pakai kain batik je senang... awak tengok berita tak? Or baca tak vital pasal pelajar non muslim unimap payungi pelajar islam yang tengah solat ditengah2 hutan... dorg tu budak2 ppms.. pembantu pelajar minggu suaikenal... sebebarnya, nur pon salah sorang... tapi mengejut sangat jadi nur tak join... ok, nur satu group dengan dorang! Kana n teh...kana tu lak, coursemate syada... kte memang dah kenal sebab dorang selalu je study sama... kte satu group gak dengan Ijat... kte kenal ramai kawan baru... kat sana kte ada geng berlima gak...huhu...
Perempuan semua ok...


Ok, dah jangan nak tengok lama sangat... tahu dorang semua cun gila... haish... awek2 kte tu...hehee
Kenal kan, yang selendang pink belacan tu Hawa... dia satu course dengan kak Tika...huhu... yang belakang pakai tudung sarung tu kak Qhiroh... senior nak masok tahun 3... dia lah yang banyak bagi pencerahan kat ktorg yang blurrr ni... yang berselendang hitam, berkaca mata comel tu, Intan... awak kenal kan? Kte ada cerita.. awk ada jumpa masa kakMurni kawin... dea satu course dengan kte... yang selendang meriah noo tu KAK Mel...hahaha... dea taksuka kte panggil dea KAK... habis dah betul tua...hehhee... setahun je... budak PPIPT.. sama budak penyiaran dengan aCap.. dea gak DJ unimap fm... dia gak ppms ehh ke festkon...haaa...antara laa tu...hehhee.. Nama dea sama macam chacha... tapi panggil Mel... pelikkan?? Haha... tak payah nak pelik sangat laa...huhu

SEPanjang kursus.. ktorg mana pergi sama2 sampai en.Hafiz ingat ktorg dah lama kenal...huhu.. best sangat kenal dorg... alhamdulillah...

Sambung cerita rakit tadi balik...
ktorg kumpulan 2.. kte dapat satu group dengan Hawa n kak Qhiroh... selain tu, ada budak IS nama dea Mahmood daripada Yaman... kte bantai cakap BM je dengan dia...hahhha... ada budak diploma nama dia Nilam... dan ada laa beberapa orang lain...huhu...

Group ktorg yang pertama sampai ke tempat yang ditujui... 2daripada setiap ahli kumpulan kena korban stay... so ktorg naik rakit yang ktorg buat tu 9 orang... pendayung ktorg pon pakai buluh aw... huhu... memang best...
Ktorg tenggelam sampai parat perut kowt...hehhe... saja bagi semangat... relax arr... kata pirates... black pearl yang tenggelam pon timbul balik ape... hahhaha... ktorg semua memang pakai life jaket... so chill arr... ktorg memang group yang paling awal sampai... so sementara nak tunggu dorang sampai, ktorg mandi arr dulu dalam tasik tu... kte kan tak reti berenang... tapi bila dah dapat pakai life jacket tu... terapung laa gak... ajet2 pandai berenang laa... so asyik kauk lentang je....hehehee...

Then bila nak balik ke tempat khemah balik, kena redah tasik lagi... tapi, kte semua kena pecah kumpulan... kte perasan, team baru yang kte kena semua kecik2... i mean... nampak ringan... memang lah kte perasan dalam 4kumpulan yang ada... rakit ktorg paling tenggelam...haahahhaa... tapi ok perr... sampai dulu...

Ok, dipendekkan cerita...
Masa start tu, 3group yang lain tu dah gerak dulu... ktorg ni tak habis naik lagi... kte tengok group yang Ijat kena join tu lead... aduyai... yang lain dah gerak... bestnye kte sebab dapat naik rakit kte sendiri... ok, make it short... walaupon ktorg start last, tapi ktorg yang sampai dulu... daebak tak??? Hahaha... dah kata rakit ktorg tu Black Pearl! Huhu...
Jadi bila dah rakit kte sampai lagi sekali.... kte main air lagi arr...hehhehe
Masa tu dah terik tengah hari... tapi still nak main air... nak terapungkan diri pandang langit... muka dah rasa perit gila!!! Ok... kte sunburn terok....huhu

Nnti2 kte sambung...
Bai syg...
172112