He's watching me!

He's watching me!

Wednesday 2 September 2015

Merdeka

Tanggal 31 Ogos 1990, pada waktu maghrib... lahirnya dia di Muar, Johor.. "Cahaya Kegembiraan Mata"... namanya indah... sangat rapat dengan keluarga... semua orang menyenangi dea... tak seperti adiknya... sangat kuat meragam.. kuat merajuk... kuat merengek... tak boleh kalah dalam main game, nanti menangis... kalau suka sesuatu benda tu akan minta banyak kali sampai dapat.. kasar... hmmm... macam2 lagi laa...

keluarga belah ibundanya start daripada keluarga Mak Long hingga Mamie (9beradik) ... semua amat menyayanginya... seorang yang ceria dan sering menghiburkan... dia merupakan orang yang pertama ke Matrikulasi dalam keluarga ibundanya... kemudian di ikuti dengan adiknya....hmmm... andai dea tahu..

Setiap rakan2 sepupunya, merupakan rakannya jua... sama seperti adiknya sekarang yang juga berkawan dengan rakan2 sepupu mereka... tapi pada kala itu... umur muda berdarah manis yang sedang bergelora itu mula memberontak tatkala melihat sepupu2 yang berumur lingkungan umurnya mendirikan rumah tangga dan ada yang mempunyai kekasih... Dia cuba memberontak kerana dia tahu ayahandanya tak pernah mengizinkan sesiapa diantara anak2 nya untuk bercinta selagi masih bergelar pelajar... Ketika itu, dea belajar di KMNS.. dia mula berkawan rapat dengan seorang rakan kepada sepupu2 lelakinya yang aku sendiri gelarkannya 'kambing'...

Berkawan? Tak pernah sekali pon ayahanda dan ibundanya melarang untuk berkawan. Malah, digalakkan berkawan dengan semua orang kerana dari situ nanti kita mampu memilih seorang yang terbaik dalam hidup kita.. kan? Tetapi dia tak faham atau mungkin, tidak pernah cuba untuk memahami apa yang dikehendaki oleh kedua ibu bapanya... padanya, keinginannya yang lama terpendam perlu ditunaikan...

Dari situ bermulanya terbit jurang yang semakin dalam antara dia dan keluarganya... setiap saudara yang menasihati seakan menjadi musuh pada nya... 😞😞😞
Sedih bukan? Hanya gara2 'seekor jantan' mampu merenggangkan hubungan yang lama terjalin.. kasih sayang antara keluarga yang sangat utuh dan teguh dimamah anai2.. luarnya cantik tetapi perlahan2 mereputkan kayu sehingga mampu meruntuhkan keteguhannya...

Satu hari yang perit... engkau tinggalkan kami disaat kami keluar bersama.. kau kata tak nak ikut..
Di mana letak tanggungjawab kau sebagai anak pertama??? Di mana hilang kasih sayang yang melimpah ruah terhadap keluarga?? Di mana letaknya kepatuhan kau kepada ayah ibu?? Ye! Aku tak pernah sebaik kau.. sangat cepat tangkap dalam pelajaran. Aku tak macam kau sangat pandai dalam Matematik. Aku tak macam kau disayangi dan disenangi oleh semua orang. Aku tak macam kau, patuh dan sentiasa menyenangkan hati ayah ibu.

Tapi aku juga tak macam kau dapat tuisyen... sebab aku tak pernah dapat peluang tuisyen! Aku tak macam kau dapat peluang untuk belajar UCMas.. cara pembelajaran matematik tanpa menggunakan kalkulator.. Aku tak macam kau pakai semua benda baru, sebab aku hanya dapat pakai sisa kau.. buku, kalkulator, even laptop yang aku pakai sekarang pon laptop kau! Yang dah biol...

Mana letaknya rasa bersyukur kau haa..? Ye, kalau nak dibandingkan kau memang anak yang baik... patuh.. tak pernah melawan... tak macam aku.. kuat melawan..kuat melenting... tapi sekurang2 nya aku tak pendam! Aku tak pernah berdendam dengan ayah ibu... aku lepaskan dan aku lupa.. tapi kau?? Senang2 sebab jantan, kau lupa apa yang ayah ibu dah buat selama ni kan?? Darah kau masih mengalir darah ayah ibu.. sebab nak lahirkan kau yang songsang.. ibu kena tahan operate menegak taw.. sebab kau masa kecil kalau tak cukup bantal2 dan keperluan kau, ayah sanggup patah balik ambil taw.. kau tak pernah nampak kasih sayang ayah ibu kan? Yang kau nampak ayah ibu kongkong.. kolot, tak bagi kau nak bercinta apa semua... ye! Aku lagi jahat.. banyak gila benda aku buat belakang ayah ibu.. aku tak pernah cakap pon aku baik.. tapi sekurang2nya aku stay... aku ni yang kuat melawan ni yang pikul semua tanggungjawab kau! Semua...!! Kau tak rasa hidup dalam bayang2 seseorang... hidup dalam bayang2 kau!

Ibu masih menangis sebab tunggu kau.. dan aku? Mangsa kau. Mangsa atas ketegaran kau yang kononnya mengejar kebahagiaan.. kalau kau bahagia di dunia, kau yakin kau bahagia kat akhirat dalam keadaan ayah ibu tak redha???
Pikir lah.. kau pandai.. lagi pandai kan daripada aku? Lagi baik kan?? Kau dah besar... dah 25tahun dah pon.. ALLah pinjam kan kte akal untuk berfikir.. semoga Allah bagi hidayah laa..

-172112-

No comments:

Post a Comment