He's watching me!

He's watching me!

Sunday 29 June 2014

Terawih Pertama di Kampung

Syukur Alhamdulillah ku panjatkan kepada Allah atas limpah dan kurnia-Nya dapat lagi saya merasakan kehadiran Ramadhan..

28 Jun 2014, melakarkan satu sejarah bahwa untuk pertama kali dalam hidup saya, saya berpeluang untuk menunaikan Solat Sunat Terawih di kampung. Di tambah lagi dengan nikmat dapat laksanakan Solat Sunat Terawih bersama ayah ibu dan seorang sepupu ku yang masih bersekolah rendah di masjid di kampung ku.

Alhamdulillah, saya dapat menunaikan solat terawih penuh. Sejujurnya saya memang tak kira. tapi menurut kata ayah, imam telah melalukan solat sunat terawih itu sebanyak 25 rakaat termasuk Solat Sunat Witir. Saya bersyukur sangat, pada malam tadi saya tak rasa terlalu penat, lebih-lebih lagi mengantuk seperti tahun-tahun yang sudah. (tapi menguap tu adalah.. tipu lah kalau kata tak ada kn?? hehe)

Pada malam itu ayah berpesan kepada saya dan ibu, sekiranya saya dan ibu ingin mengikut ayah pergi terawih pastikan pukul 8.10 malam dah ready sebab Isyak di kampung saya lebih kurang pukul 8.35 malam.

Semasa sampai sahaja di Masjid, kami dapati tiada kelibat Muslimat pun.. huhu
Ibu dah risau, katanya nak tunggu dalam kereta sehingga ternampak kelibat mana-mana muslimat. Ayah pula mengambil keputusan untuk bertanyakan mengenai perihal itu kepada orang kampung. Kemudian ayah memberitahu saya dan ibu bahwa tempat solat muslimat berada di belakang sana. (tak payah lah tengok belakang awak..hehe)
Well, tempatnya memang agak tersorok. Bila kami pergi sahaja, saya sebenarnya agak tergamam melihat ruangan solat yang dikhaskan kepada kaum muslimat kecil sahaja. Hanya muat untuk membentuk 3 saf dan lempar sebaris lebih kurang 10-15 orang sahaja. Teringat saya ketika di asrama. Betapa ruginya masjid sebesar itu saya tak dapat isikan dengan ibadah terawih penuh. :'(

Ibu kata, masjid di kampung memang macam ini. Saya pun sedar dengan keadaan struktur masjid yang memang tak besar mana. Tapi bagi saya, yang penting adalah ibadah yang dilakukan.. Betul tak?/ ;-)

Disaat azan Isyak berkumandang, airmata ku bergenang. Hatiku dihimpit rasa sebak. Bayangan dan ingatan ku menjadi sayu saat fikiran teringat laungan azan Mawaddah.
Ya, saya rindu dia. tetapi, biarlah rindu ini hanya Allah sahaja yang tahu dan semoga Allah peliharakan rindu ini agar mendapat redha di sisi -Nya.
Saat iqamat, masih terngiang-ngiang lagi gemersik suaranya... "Masa".....

Saya pernah berancang ingin memintanya azan untuk saya..hehe.. kelakar kan? macam bayi yang baru lahir pula minta diazankan..
Ini sebenarnya idea Memory (A1, "kasih pertama" saya; sebab Cinta pertama saya adalah dea, Mawaddah! ^_^ )
Memory pernah bagi cadangan kalau saya rindukan laungan azan dea, call dea dan suruh dea azankan kat telinga saya..hehe
Saya dan memory? masih berkawan. Kadang-kadang saya kagum juga dengan dea kerana tak mencari pengganti saya bila kami dah jauh. tapi masa kami masih sekolah, dea memang sengaja nak buat saya jeles... huh! haha.. Saking menyesalnya dea sebab tinggalkan saya. 
tapi macam I-7 (ala, muka dia macam Mawaddah... orang kata! kte tak cakap ok... )
I-7 pernah cakap, "memang saya sayang kan awak lagi, tapi tak bermakna saya mesti paksa awak bersama saya balik kan? kalau awak happy, saya tumpang gembira gak.."
Dea siap post "tahniah" lagi masa saya tukar Relationship kat FB dulu..hehe

Ok! dah melalut...
Sebenarnya memang, saya nak dengar suara dea laungkan azan macam dulu. Kemudian, saya nak setkan alarm untuk solat gunakan suara dea.. Baru RARE beb...haha...
(haish, gelak,gelak jugak.. hati, Allah je yang tahu..)
Kenapa tak buat macam tu??
Gila apa?? Malu laa nak minta... >_<
Biarlah, suara dea masih berlegar-legar diingatan saya mesti serasa sudah lama tidak mendengarnya.. :')

Selepas solat Isyak, kami Solat Sunat Terawih..
Imam di masjid kat kampung hanya membacakan surah-surah lazim pada rakaat pertama kemudian pada rakaat kedua imam akan membaca surah Al-Ikhlas.
Bagus juga, sekurang-kurangnya jadi isyarat kepada makmum bila rakaat kedua..
Yelah, saya pun sedar. Dekat kampung, yang datang pun kebanyakan warga-warga yang boleh saya panggil nenek.. Mereka mesti tak kuat untuk berdiri lama.. 

Saat imam memulakan rakaat ketiga bagi solat sunat terawih, sekali lagi airmata saya bergenang apabila imam membacakan surah Al-Asr'.. ...'masa'... :'(
Ya Allah, walaupun kami jauh. tapi Allah tak pernah buatkan saya jauh daripada dea.
Setiap sujud terakhir dalam setiap solat wajib mahupun sunat pada malam itu saya melafazkan ayat 36 dalam surah yasiin sambil meniatkan nama dia.
 'Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya..'
Kini, hanya Allah yang mampu sampaikan salam rinduku padanya. Tanpa sebarang social network serta telefon. Cukuplah sekadar doa.. tapi adakalanya saya akan cuba berinteraksi melalui 'maya' walaupon tak selalu, cukuplah sekadar dea ingat bahwa saya masih tak melupakan dirinya.
Ibu berpesan, sekarang belum masanya untuk saya ungkapkan kata-kata cinta atau madah-madah kepada seseorang yang bergelar lelaki.

Saya berharap dengan sangat, selepas apa yang telah saya lalui. Satu hari nanti saya akan mengecapi kebahagiaan dengan redha dan restu dari-Nya..
Aamiinn..

Salam sayang,
172112

Thursday 19 June 2014

Janji, Promise...

Just now kita tengok cerita Janji Diana.. Well, itu memang cerita lama sangat.. Seingat kita, cerita ini popular masa kita sekolah rendah lagi... Pelik, dulu kita tengok cerita apa-apa pun susah nak tersentuh ke apa-apa.. Maksudnya, kita ni jenis kering hati.. Tengok cerita sedih pun tak ada perasan... Atau mungkin saat itu kita tak faham lagi erti sebenar cerita itu..
Tetapi saat ini kita tersedar, bahwa dalam dunia ini masih wujud seorang lelaki yang benar-benar mampu menyayangi seseorang wanita itu tanpa mempedulikan masa lalu wanita itu.. Yang penting baginya adalah bagaimana wanita itu berniat dan berusaha untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik..

Saat kita tengok cerita itu, kita menitiskan air mata..
Dah kenapa kita nak nangis lak kan? Itu bukan pertama kali kita tengok cerita tu.. Dah banyak kali pun, tapi kenapa baru sekarang kita rasa benar-benar tersentuh..

Mawaddah,
Ya, Mawaddah bererti CINTA.. Perkataan yang paling mahal dan sukar untuk ku ungkapkan kepada sesiapa pun.. Tetapi, kita telah gunakan perkataan itu kepada seseorang yang kita tak pernah sedar akan menyayangi kita dengan setulusnya. 


8 Jun 2014

Terus ku ucap, tanpa ragu,
Pernah ku ucap waktu dahulu,
Selagi hayat dikandung badan,
Takkan awak, saya tinggalkan..

Masa terus menelan hidup,
Selama itu, saya di sisi,
Menemani awak, cerah dan redup,
Sehingga masa menelan diri..

Terima kasih atas segalanya,
Kasih sayang, diberi seikhlasnya,
Dirimu sungguh saya hargai,
Dari dulu sehinggalah kini..

Matahari masih terbit di timur,
Masih ku sempat, menyusun jari,
Kesalahan diri, sepanjang umur,
Kesilapan yang pernah menusuk hati..

Walau dugaan terus menguji,
Walau hubungan hampir tergugat,
Terus ku berdoa, kepada Yang Maha Mengasihi,
Untuk meringankan ujian-Nya yang berat..

Jauhnya masih, perjalanan kita,
Sehinggalah hari, syaitan menderita,
Ikatan kasih, diredhai Ilahi,
Sabar ye, sayang; 6tahun je lagi..

Allah, Rasul, dan juga keluarga,
Perkataan 'CINTA', mahal nilainya,
Namun dirimu, tiada kurangnya,
Saya Cinta Awak, untuk selamanya..

Itulah dia, ku gunakan CinTa,
Awaklah jodohku, dengan izin-Nya,
Sabarlah sayang, ingatlah dinda,
Bila sampai waktu, kita akan bersama..

Seikhlas hati,
M....... A... b.. I.....


ya Allah,
Cukuplah dia untuk diriku. Saya tidak mahu yang lebih. Saya bersyukur dengan kasih sayang yang telah dicurahkan buat diriku ini. :')

XOXO
172112

Wednesday 18 June 2014

Mentari Muncul Lagi

MENTARI MUNCUL LAGI ~ SLAM
Aku fikirkan mendung berterusan
Tapi kini mentari muncul lagi
Ku rasa kembali kehangatannya
Maafkan aku meniggalkanmu
Itu kulakukan kerana cintaku padamu
Ku tak sanggup melihat kau tersiksa


Tuhan saja yang tahu perasaanku
Berperang dengan suasana
Hinggakanku terpaksa meninggalkanmu
Kerana tak sanggup melihat kau menderita
Menyesalnya ku kerana menyangkal

Nasib tak menyebelahi
Cinta dan hidup kita
Syukur Tuhan masih sayang pada kita
Masih sayang, masih ada cinta


Maafkan aku meninggalkanmu
Itu kulakukan kerana cintaku padamu
Ku tak sanggup melihat kau tersiksa

'Masa'... 
Namanya masih terpahat di hati ini.. masih utuh tugu kasihnya... masih setia menanti restu Ilahi.. masih berharap akan jodoh bersamanya..

Adakala saya terfikir bahwa betapa bodohnya saya menyusahkan kehidupan yang telah pinjamkan ini dengan perkara-perkara mungkar yang pernah ku lakukan.. Tetapi masih dapat ku rasai limpahan kasih-Nya terhadap diriku dan keluarga ku..
Saya sedar betapa jahilnya saya sehingga mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan. Sudah berapa hari saya tak menghubungi 'tunang' saya. Bakal 'sepupu ipar' saya menasihatkan saya untuk memberitahunya sendiri tentang apa yang cuba dan sedang saya alami ketika ini tapi saya malu. Atau lebih tepat saya tak sanggup mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Saya mengambil keputusan untuk berdiam diri. Tidak menghubungi sesiapa yang mungkin membawa kepada kebinasaan saya. Maksud saya, insan bergelar lelaki. Buat masa ini, hanya ayah, keluarga dan sahabat saya yang ayah ibu kenal dan betul-betul percaya sahaja.

Tipu lah kalau saya katakan yang saya langsung tak mengingati dia. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa tebalnya rasa bersalah yang saya rasakan saat ini kerana mengabaikannya tanpa pesan, tanpa pamitan, tanpa ucapan. Dia tak bersalah. Langsung tidak. :'(

Ya Allah, jiwa ku rasa kosong saat ini. Kerana tidak dapat beribadah kepada-Mu buat masa ini. Tidak dapat ku panjatkan rasa syukur ku dalam sujud ku. Ya Allah, lindungi lah penjaga hatiku. Sampaikanlah salam rindu ku dalam doanya.

Semalam, saya cakap dengan ibu suruh potong rambut depan saya. Well, that's me. Bila saya merindui seseorang itu, saya akan melakukan sesuatu yang boleh serba sedikit menghilangkan rasa rindu. Walaupun sedikit. Dia pernah cakap, masa saya cerita pasal rambut saya. Dia kata walaupun dia tak pernah tengok, tapi dia kata dia yakin saya nampak comel kalau potong straight rambut depan saya. Saya memang pernah buat, tapi 'memory' pernah cakap saya buat rambut helmet. Kadang-kadang rasa kelakar pun ada juga. tapi, saya rasa seolah-olah dia berada di sisi saya sambil tersenyum melihat diri saya. :')

Dia ada satu habit. Mandi malam. Kelakar tak kalau saya katakan saya pun cuba buat benda yang sama kerana teringatkan dea. I know he missed me most likes he always said. :')

Sapu tangan yang dia berikan pada saya, masih kuat bau nya. Apa yang membuatkan ia istimewa bukan sebab baunya, tetapi kerana tuan empunya. Alhamdulillah, perlahan-lahan saya dapat melihat dengan samar dirinya dalam ingatan di saat saya cuba membayangkan dirinya. Syukran, ya Rabb.. :')

If you read this, I don't wanna say that I love you. I don't wanna say I miss you. I don't wanna say I always thinking about you. Because I'm sure, you already knew it. :')
Take care, Mawaddahu Qalbi..

XOXO
172112

Tuesday 17 June 2014

Dirantai oleh Dosa Silam

Hidup manusia umpama sehelai kain baldu berwarna putih... Kemudian melalui kehidupan ku coretkan lukisan.. Pelbagai warna.. Allah menciptakan manusia mempunyai akal fikiran, untuk membezakan antara hak dan batil.. Tetapi adakalanya manusia ini lupa akan tanggungjawab sebenar kejadian nya di muka bumi ini... Tambahan pula dengan terciptanya syaitan yang sudah berjanji kepada Allah untuk menyesatkan umat Nabi Adam, saking dendamnya terhadap kewujudan insan bergelar Adam oleh ALLAH swt.. Syaitan bersumpah untuk menyesatkan seberapa ramai umat manusia agar di akhirat kelak, mereka tidak 'keseorangan' di neraka.. Allah juga menciptakan nafsu agar 'hidup' di dalam setiap insan yang bergelar manusia.. Apa itu nafsu? Tahukah anda bahawa nafsu itu juga adalah makhluk yang Allah ciptakan untuk menjadikan sebahagian ujian dalam kehidupan manusia..
Nafsu ada banyak jenis, banyak pecahan.. Nafsu amarah, nafsu makan, nafsu berahi dan banyak lagi.. Manusia takkan lepas daripada diuji oleh dugaan ini.. Apa yang membezakan seseorang itu adalah cara individu tersebut mengawal nafsunya agar tidak mudah tertunduk ke kancah kesesatan..

“Orang yang kuat bukan kerana mampu mengalahkan lawan, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menundukan nafsunya di saat ia sedang marah”.
Demikian sabda Rasulullah saw, bukan lantaran mampu menghentam tengkuk lawannya seseorang disebut “manusia kuat, manusia perkasa”, tetapi siapa pun dari lapisan manapun yang mampu menaklukan nafsunya, mampu menjinakkan gelora cita-citanya, itulah manusia kuat, perkasa.
- See more at: http://adminskss.blogspot.com/2011/07/apa-itu-nafsu.html#sthash.JrgrVUX9.dpuf

JIHAD PALING BESAR ADALAH MELAWAN HAWA NAFSU


Ya.. Benar... Berperang dengan diri sendiri adalah lebih sukar berbanding berhadapan dengan lawan.. Kerana balasan di akhirat kelak lebih besar impaknya...

Allah memuliakan martabat kaum Hawa, tetapi keinginan dan dugaan yang ku tempuhi membuatkan diriku meletakkan harga diri ku serendah-rendahnya.. Dan kini, aku dibelenggu dosa-dosa silam.. Ia menghantui dan mengekori ku setiap langkah.. Aku bagaikan takut melihat bayang-bayang ku sendiri..
Tapi Allah Maha Pengasih, Allah telah mempertemukan aku dengan seorang hamba-Nya yang amat mulia bagi ku... Sedang aku tidak mampu melupakan dan memaafkan diriku sendiri, dia hadir memberikan ku sinar harapan bagi menemui keampunan Allah.. Dia sering memanggil ku 'cahaya', tetapi bagi ku, dea merupakan cahaya yang menyinari hidup ku agar aku tidak terus hidup dalam kelamnya masa lampau yang begitu menyesakkan.. Aku bertemunya atas ketentuan Allah.. Dan tak pernah puas ku ucapkan syukur atas limpahan kasihnya yang tidak terbatas buat diriku.. Aku tak harapkan lebih... Hanyalah ketulusan seseorang dalam menyayangi ku.. Alhamdulillah, ku dapat menikmati ketulusan itu dengan rasa syukur yang tidak terhingga.. Syukran, ya Rabb atas kurniaan-Mu atas diriku yang hina ini..

Tetapi, langit tidak selalunya cerah... Akan ada pihak yang hadir sebagai dugaan bagi sesebuah hubungan.. Bukan sekadar hubungan sahaja, begitu jua dengan kehidupan seseorang.. tak selalunya indah..
Allah takkan menganiaya hamba-Nya, Allah takkan datangkan sesebuah ujian melebihi kemampuan hamba-Nya.. Allah menyayangi hamba-Nya... Aku yakin, setiap perkara yang berlaku di atas muka bumi Allah ini bersebab... Kenapa ku diuji dengan ugutan dan ancaman.. Allah itu tak pernah kejam...
Mungkin ini adalah amaran serta petunjuk agar aku sedar akan dosa-dosa dan kekhilafan yang telah ku lakukan dahulu.. ya Allah, semoga Allah melindungi orang-orang yang ku sayangi daripada apa-apa aral dan ancaman... Bantulah diriku untuk memelihara maruah diriku semula daripada anasir yang ingin menghancurkan hidupku.. Aamiinn.. :')

XOXO
172112

Mawaddahu Qalbi

Assalamualaikum semua..
Hari ini kte di Pusat Komputer atau lebih dikenali sebagai Cyber Cafe bersama-sama dengan sepupu saya yang tomey lotey ni haaa...
Dia muda daripada kte...huhu
Bukan kte tua ok! Dia yang muda...hehe (tak nak mengaku) haruslaaa...

 Kte nak cerita pasal Mawaddahu Qalbi (Cinta hatiku)
Memandangkan dea sekarang kat "The City of Love"-P4r!$...
So, ada peluang laa kte nak mengumpat dea kan?? hehehe
Well, nak start daripada mana ekk??
Dea ni seorang yang banyak sangat perbezaan tau dengan kte..
Contohnye, kte seorang yang agak Talkative..dea lak jenis tak banyak cakap..
Family kte selalu makan lambat dan makan benda-benda pedas.. kalau tak pedas, tak syiok lorh..heheheh.. tapi dea lak tak boleh pedas sikit.. haish.. alorh ngade-ngadenye.. hahaha..
Jadi, kalau order pape kena pesan kurang pedas untuk dea.. (tapi selalunye kte lupa je pon nak pesan..) makan jelah kan? Ngade je..

 Okay, kte sambung balik.. hadoyai.. susah gile nak post melalui tab.. tapi dah bosanggg sangat.. tab pon tab laa.. nak cakap apa lagi ekk?
 Orait, dia ni suka menari.. apabila dea buat sesuatu benda, dea akan buat dengan TERLAMPAU bersungguh-sungguh.. (lepas kahwin nanti tak lah macam kang.. teruk aku dikerjakan agaknye...bwahahah) sorry.. terting-tong lak...hehhe..
 Dea dah balik Malaysia dah.. alolo.. rindu siak! Dah dekat nak sebulan lebih kowt tak jumpa.. nampak tak rindu dea macam mana? Huhu

XOXO
172112