He's watching me!

He's watching me!

Sunday 29 June 2014

Terawih Pertama di Kampung

Syukur Alhamdulillah ku panjatkan kepada Allah atas limpah dan kurnia-Nya dapat lagi saya merasakan kehadiran Ramadhan..

28 Jun 2014, melakarkan satu sejarah bahwa untuk pertama kali dalam hidup saya, saya berpeluang untuk menunaikan Solat Sunat Terawih di kampung. Di tambah lagi dengan nikmat dapat laksanakan Solat Sunat Terawih bersama ayah ibu dan seorang sepupu ku yang masih bersekolah rendah di masjid di kampung ku.

Alhamdulillah, saya dapat menunaikan solat terawih penuh. Sejujurnya saya memang tak kira. tapi menurut kata ayah, imam telah melalukan solat sunat terawih itu sebanyak 25 rakaat termasuk Solat Sunat Witir. Saya bersyukur sangat, pada malam tadi saya tak rasa terlalu penat, lebih-lebih lagi mengantuk seperti tahun-tahun yang sudah. (tapi menguap tu adalah.. tipu lah kalau kata tak ada kn?? hehe)

Pada malam itu ayah berpesan kepada saya dan ibu, sekiranya saya dan ibu ingin mengikut ayah pergi terawih pastikan pukul 8.10 malam dah ready sebab Isyak di kampung saya lebih kurang pukul 8.35 malam.

Semasa sampai sahaja di Masjid, kami dapati tiada kelibat Muslimat pun.. huhu
Ibu dah risau, katanya nak tunggu dalam kereta sehingga ternampak kelibat mana-mana muslimat. Ayah pula mengambil keputusan untuk bertanyakan mengenai perihal itu kepada orang kampung. Kemudian ayah memberitahu saya dan ibu bahwa tempat solat muslimat berada di belakang sana. (tak payah lah tengok belakang awak..hehe)
Well, tempatnya memang agak tersorok. Bila kami pergi sahaja, saya sebenarnya agak tergamam melihat ruangan solat yang dikhaskan kepada kaum muslimat kecil sahaja. Hanya muat untuk membentuk 3 saf dan lempar sebaris lebih kurang 10-15 orang sahaja. Teringat saya ketika di asrama. Betapa ruginya masjid sebesar itu saya tak dapat isikan dengan ibadah terawih penuh. :'(

Ibu kata, masjid di kampung memang macam ini. Saya pun sedar dengan keadaan struktur masjid yang memang tak besar mana. Tapi bagi saya, yang penting adalah ibadah yang dilakukan.. Betul tak?/ ;-)

Disaat azan Isyak berkumandang, airmata ku bergenang. Hatiku dihimpit rasa sebak. Bayangan dan ingatan ku menjadi sayu saat fikiran teringat laungan azan Mawaddah.
Ya, saya rindu dia. tetapi, biarlah rindu ini hanya Allah sahaja yang tahu dan semoga Allah peliharakan rindu ini agar mendapat redha di sisi -Nya.
Saat iqamat, masih terngiang-ngiang lagi gemersik suaranya... "Masa".....

Saya pernah berancang ingin memintanya azan untuk saya..hehe.. kelakar kan? macam bayi yang baru lahir pula minta diazankan..
Ini sebenarnya idea Memory (A1, "kasih pertama" saya; sebab Cinta pertama saya adalah dea, Mawaddah! ^_^ )
Memory pernah bagi cadangan kalau saya rindukan laungan azan dea, call dea dan suruh dea azankan kat telinga saya..hehe
Saya dan memory? masih berkawan. Kadang-kadang saya kagum juga dengan dea kerana tak mencari pengganti saya bila kami dah jauh. tapi masa kami masih sekolah, dea memang sengaja nak buat saya jeles... huh! haha.. Saking menyesalnya dea sebab tinggalkan saya. 
tapi macam I-7 (ala, muka dia macam Mawaddah... orang kata! kte tak cakap ok... )
I-7 pernah cakap, "memang saya sayang kan awak lagi, tapi tak bermakna saya mesti paksa awak bersama saya balik kan? kalau awak happy, saya tumpang gembira gak.."
Dea siap post "tahniah" lagi masa saya tukar Relationship kat FB dulu..hehe

Ok! dah melalut...
Sebenarnya memang, saya nak dengar suara dea laungkan azan macam dulu. Kemudian, saya nak setkan alarm untuk solat gunakan suara dea.. Baru RARE beb...haha...
(haish, gelak,gelak jugak.. hati, Allah je yang tahu..)
Kenapa tak buat macam tu??
Gila apa?? Malu laa nak minta... >_<
Biarlah, suara dea masih berlegar-legar diingatan saya mesti serasa sudah lama tidak mendengarnya.. :')

Selepas solat Isyak, kami Solat Sunat Terawih..
Imam di masjid kat kampung hanya membacakan surah-surah lazim pada rakaat pertama kemudian pada rakaat kedua imam akan membaca surah Al-Ikhlas.
Bagus juga, sekurang-kurangnya jadi isyarat kepada makmum bila rakaat kedua..
Yelah, saya pun sedar. Dekat kampung, yang datang pun kebanyakan warga-warga yang boleh saya panggil nenek.. Mereka mesti tak kuat untuk berdiri lama.. 

Saat imam memulakan rakaat ketiga bagi solat sunat terawih, sekali lagi airmata saya bergenang apabila imam membacakan surah Al-Asr'.. ...'masa'... :'(
Ya Allah, walaupun kami jauh. tapi Allah tak pernah buatkan saya jauh daripada dea.
Setiap sujud terakhir dalam setiap solat wajib mahupun sunat pada malam itu saya melafazkan ayat 36 dalam surah yasiin sambil meniatkan nama dia.
 'Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya..'
Kini, hanya Allah yang mampu sampaikan salam rinduku padanya. Tanpa sebarang social network serta telefon. Cukuplah sekadar doa.. tapi adakalanya saya akan cuba berinteraksi melalui 'maya' walaupon tak selalu, cukuplah sekadar dea ingat bahwa saya masih tak melupakan dirinya.
Ibu berpesan, sekarang belum masanya untuk saya ungkapkan kata-kata cinta atau madah-madah kepada seseorang yang bergelar lelaki.

Saya berharap dengan sangat, selepas apa yang telah saya lalui. Satu hari nanti saya akan mengecapi kebahagiaan dengan redha dan restu dari-Nya..
Aamiinn..

Salam sayang,
172112

No comments:

Post a Comment