He's watching me!

He's watching me!

Friday 11 September 2015

Masih.Aku.Cinta

Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
TAKKAN ku BISA melupakan mu
Caramu, memanggil nama ku
Terasa seolah kau masih.....ada...

Jauh di dalam sanubari ku
TAK ku RELAKAN pemergiaan mu
Namun ku, kan selalu doakan mu
Agar kau takkan terus ter....luka..

Kau kan temui...bahagia...
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar
Aku, akan selalu ada
Dari JAUH engkau masih ku CiNTa
Dari JAUH aku masih mencinta

Takkan pernah ada penggantimu
Yang mempertahankan ku seperti mu
Satu dunia, MENENTANG CINTA KITA
Akhirnya kita terpisah jua

Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintai mu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku


......

Assalamualaikum, awak...
Sejak daripada peristiwa tu, kte tak nak update apa-apa dulu dalam blog.. takut terikut sangat perasaan.. jadi better kte diam je dulu... kadang-kadang dengan cara ini sahaja, kte dapat baca serba sedikit tentang kehidupan awak..

Sabar, awak... kte tahu... kte hanya mampu nasihat macam tu, awak sendiri yang alami bukan mudah, kan? Kte faham.. kte cuma harap, awak tak putus asa ye? Kte tak minta banyak.. buat masa ini, tolong cuba rapatkan kembali hubungan awak dengan keluarga awak.. kalau perlu, bila free awak balik ye? Nampak kan kesungguhan awak.. yang paling penting, kte nak awak ikhlas... bukan buat kerana terpaksa...

Hmmm...
Kte tak tahu untuk kali yang ke berapa kte beritahu awak, blog ini... untuk kegunaan kte berdua... bukan kte sorang... email pon masih firatisya45... kte rasa awak tahu mana kte dapat ilham nama dan nombor tu kan?
PAssword, jangan cakap lah awak masih tak nampak apa maksud password tu... tapi sampai sekarang awak kata pinjam pinjam... kalau barang yang awak bagi kte... BAGI... kte still cakap kte PINJAM... maksudnya, kte kena pulangkan balik, kan? Apa awak rasa? Awak nak kte PULANGKAN ke??

Buat pengetahuan awak, kte dah lama dapat alamat kolej kediaman awak.. dengan pengesahan daripada beberapa orang student UTeM sendiri... kte pernah beritahu awak, kte banyak 'kaki'... kte boleh cari awak... dan dah jumpa pon... walaupon baru sekadar alamat.. sebab untuk bertemu dengan awak, memang takkan mungkin... untuk bersama awak, hanya angan-angan... untuk menyayangi awak, adalah risiko... bukan kte tak pernah ambil risiko itu... pada awalnya apabila terbabit pada kte sahaja, kte masih mampu terima dan bertahan... tetapi tidak apabila awak juga terpalit sebab kehadiran kte... hmmm...

Kte kembali macam kehidupan selalu... setiap malam terbaru ini, kte perlu datang tengok junior-junior intake baru untuk berlatih.. baru masuk dah ada 3 job besar.. masa Majlis Konvo, FestKon, Teater Muzikal... kte? Kte memang tolong untuk balik tabir je.. ktorg bagi peluang junior berlakon...
Ada seorang ni memang junior intake baru, tapi dea tua setahun daripada kte.. dea banyak pengalaman berteater sebelum ni... sangat talented.. budak Ampang...

Malam tadi, masa kte dengan syada nak pergi kangar, masa naik bas... ada sorang mamat ni dok perati kan kte... perati taw... pandang tak lepas! Bukan usha... ni memang betul-betul pandang... ktorg tak ada lah pikir sangat then duduk je lah kat seat belakang dia since itu kosong and tempat favourite Syada... tapi sepanjang perjalanan ke Kangar... dea asyik pandang ke belakang.. pandang ktorg... bila berhenti kat bumita, dea duduk kat bahagian kiri, tak nak berganjak sampai ada IS tu kena masuk and duduk bahagian kanan... since kte duduk belakang sebelah kanan, jadi senang gila arrr dea nampak kte... Syada pon perasan taw perbuatan mamat tu... sampai memang rasa insecure gila...
Lepas sampai Kangar, bila ktorg turun, dia immediately cepat-cepat turun sekali...! Seram sangat, awak... kemudian dea jalan kat belakang ktorg... lama sebelum ktorg nak melintas pergi Bank Muamalat...

Balik tu, kte ada gak terfikirkan kemungkinan-kemungkinan untuk kte akan bertemu kembali mamat tu..
Risau gak sebenarnya..

Awak...
Kalau free, tengok video klip lagu Masih Aku Cinta oleh Shila Amzah... yang ada Johan Juvana tu... mungkin, awak akan faham sikit... perkara ini memang susah... tapi... hmmm... maaf, mungkin kte dah faham perasaan Puteri sewaktu ambil keputusan untuk tinggalkan Irfan walaupon dea pernah sayang sangat...
Hati pun ada limit jugakk kadang-kadang... gara-gara dah selalu, mungkin hati kte dah bersedia untuk terima keadaan ini.. sebab sejujurnya, kte dah dapat jangka kan keadaan ini daripada dulu lagi...

Kte ikut nasihat ibu, berkawan dengan semua orang.. jangan jadikan sesiapa special dulu.. kalau tak jadi, kte tak sakit... tak terluka sangat... bila kte terlalu berharap, tetapi tak jadi... kesian kepada orang yang sepatutnya kte curahkan kasih sayang nanti tak dapat sepenuhnya kasih sayang kte....

Kte bukan nak kahwin untuk bercerai, tapi cukup lah sekali perkahwinan hingga ke akhir hayat dan bertemu kembali di Jannah Allah...

Ramai tahu, untuk lupakan awak begitu sahaja bukan mudah bagi kte... antara cara adalah seperti sebelum-sebelum ini... kte kena cari pengganti untuk ubati semula hati ini... tapi, kte tak sanggup lagi menjadikan hati sebagai taruhan lagi... sudah terlalu penat rasanya...
Kte masih lagi nakal... konon mencari freshie untuk usha-usha... bercerita konon pasal crush... tapi hakikatnya, masih patung daripada awak jugak yang kte peluk, baju awak juga kte buat meneman... macam tak boleh move on kan??
Memang kte ada niat untuk pulangkan semua barang awak semula... biar kte tak nampak 'awak' di mana-mana... tapi kte tak sanggup... kte sayang 'dorang' kerana pemberinya... kte minta maaf.. halalkan ye?
Tetapi, kte yakin... sekiranya berterusan... 1hari nanti kte akan cuba untuk terima hakikat dan menyimpan kenangan-kenangan ini... simpan, dan sorok kan dari pandangan mata kte...

Masa itu, mungkin hati kte dah betul-betul putus asa... dan sedar kedudukan kte sekarang... terima ketentuan Allah dengan hati yang ikhlas.. dan sentiasa mendoakan kebahagiaan awak... maaf, andai kehadiran sementara kte mendatang seribu satu bencana pada awak dan kesengsaraan buat awak...
Mianhe yo... maaf...

Hati yang nazak,
-172112-

No comments:

Post a Comment