He's watching me!

He's watching me!

Monday 12 May 2014

7 Petala CINTA


"Di antara tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, ada Tujuh Petala Cinta."

 "Ya Allah, peluklah hati ini.. Disaat aku mulai rasa gelisah, dalam penantian penuh kesabaran ini.. Rindu ini kerana-Mu, ya Ilahi.."

 (Kata-kata Saidatul Nafisah ketika Hamka berada di Yaman)


"Ilmu itu ibarat haiwan liar dan tali pengikatnya adalah cacatan"

HAMKA: Assalamualaikum, Cinta..
SAIDA: Waalaikumussalam, Rindu..
(lalu Hamka duduk di sebelah Saida, ketika itu mereka ditemani Hilma, adik Hamka)
SAIDA: Duhai bakal imamku, jangan biarkan hadirmu sekejap mata, dan jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara..

HAMKA: Sesungguhnya, jika tidak kerana kurniaan Allah dan rahmat dari-Nya nescaya tidak ada seorang pun daripada kamu yang bersih. Iaitu bersih daripada perbuatan keji dan mungkar selama-lamanya.
SAIDA: Mendalam sungguh CINTA ALLAH kepada hamba-Nya.
HAMKA: Sebab itulah CINTA, bukan melemahkan tapi menguatkan. Cinta juga bukan menyedihkan, tapi menggembirakan kita.
(ketika Saida mengambil keputusan untuk melepaskan semua kenangan bersama tunangnya Hamka yang dikatakan mati gara-gara letupan di Yaman. Selepas hampir setahun menanti kepulangannya)
 
Betapa JODOH itu rahsia Allah, Saidatul Nafisah yang awalnya adalah tunangan Hamka telah menemukan jodohnya bersama dengan Attar, Ahmad Fakhruddin Attar. Dijodohkan oleh abi dan ummi nya sendiri.

Dan siapa juga yang menyangka, masa lalu Attar yang dahulunya seorang penjenayah diberikan hidayah daripada Allah swt sehingga menjadi hamba-Nya yang lebih baik dan mampu menjadi imam yang baik untuk jodohnya.

ATTAR: Kata baginda Rasulullah, tengok wajah ibu bapa, al-Quran dan lautan dapat pahala. Tapi kalau kita tengok lautan tapi asyik teringat orang lain saja, tak dapat pahala tu.
(permulaan Attar untuk cuba menegur Saidatul Nafisah)

"Orang yang bergantung kepada Allah, tidak sepatutnya merasa sepi."
(Kata-kata Attar ketika memulangkan al-Quran Saida yang tertinggal di titi)

JODOH,
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tentram bersamanya, dan dijadikanNya diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda (kekuasananNya) bagi kaum yang berfikir”. (QS. Ar-Ruum:30).

Jodoh itu Rahsia Allah..
Macam teka-teki kehidupan juga..
Sukar dirungkai.. Sukar dipecahkan "kod"nya..

JODOHKU ~ Anang & Ashanty

ku nafas di jiwamu
kau pantai di lautku
terpaut hati ini cinta yang suci
niatku sampai matimu
mencinta hanya dirimu
haus jiwaku padamu ku cinta

jodohku maunya ku dirimu
hingga mati ku ingin bersamamu, ini ikrarku
jodohku maunya ku dirimu
satu cinta hingga ajal memisah
aku dan kamu satu saling mencinta

usai sudah sedihku sakitku
hidup kini milikmu

(jodohku maunya ku dirimu satu saling mencinta)

jodohku maunya ku dirimu
hingga mati (hingga mati) ku ingin bersamamu (ooh)
jodohku maunya ku dirimu (dirimu)
satu cinta (satu cinta) hingga ajal memisah
aku dan kamu satu saling mencinta
saling mencinta, satu aku dan kamu


Ya Allah, semoga kita semua dipertemukan dengan JODOH yang terbaik buat diri kita yang akan memimpin kita bersama menuju ke Jannah Allah..
Aamiinn..

XOXO
172112

No comments:

Post a Comment