He's watching me!

He's watching me!

Sunday 23 August 2015

Terseksa...

Cinta, dengarkanlah...
Ku ingin mendengar suara mu...
Nyanyikan lagu-lagu ku, bila kau rindu kan aku...
Cinta, relakanlah..
Akhiri cerita tentang kita...
Ku tahu berat bagimu untuk melepaskan aku...

Awak, benda ni bukan sesuatu yang mudah bagi kita...
Apa daya kita untuk melawan kehendak keluarga awak?
Awak diberi pilihan untuk memilih kita atau pengajian awak...
Kalau awak jadi kte, apa yang mampu awak buat?
Sudah-sudah lah awak, kte diherdik...
Sakit awak.... Diherdik, dihina, dituduh....
Kata-kata yang umpama belati karat yang menghiris hati...
Awak ingat mudah untuk kte?
Tangisan kte dituduh teruk umpama mati laki dan dituduh terlanjur dengan awak...
Mudah ke awak???

Cukuplah buat masa ini kata-kata tajam itu menjadi halwa telinga ini...
Cukuplah hati ini di tumbuk lumat-lumat...
Kte tak kuat,... kte hanya manusia biasa...
Sesak, sebak, penuh dada ini menahan hati...
Iye... Kte tinggalkan awak tanpa kata selepas membaca warning n sound daripada Izzy dalam insta..
Ye, memang kte tak beritahu awak apa-apa...
Cukup wak.... cukup apa layanan yang kte terima selama ni...

Kehadiran kte, bagi keluarga awak...
Sebagai perosak awak...
Penghalang masa depan awak...
Kalau awak betul-betul menidakkan, please prove them wrong!
Tolong lah buat yang terbaik dan ikutkan je lah apa yang keluarga awak nak...

Pergilah awak!
Pergilah daripada hidup kte,,,,
Kte dah mula benci dengan awak.... dan seluruh keluarga awak...
Allah Maha Adil...
Kte cuma doakan Allah tak balas apa yang kte rasa kepada adik-adik awak...
Macam mana kte pernah ucapkan kata-kata ni pada aryn masa dia aibkan kte dulu...

Kte benci betapa awak banyak memberi kesan dalam hidup kte...
Awak buatkan kte lupa semua lelaki yang pernah hadir dalam hidup kte...
Hanya Allah yang beri kte kekuatan untuk teruskan kehidupan ni...
Kte tak nak nampak lemah kepada orang-orang yang memandang rendah pada kte...
Ye, kte tak mampu berikan kebahagiaan untuk awak...
Memang kte nak awak benci kte macam mana kte benci awak!

Kembalikan semula semangat kte yang awak bawa pergi!
Kembalikan semula senyuman kte yang awak dah rampas!
Kembalikan semula tawa kte yang awak dah ragut!

Awak ingat mudah untuk kte??
Ye, kte ada ayah ibu...
Sejak awak tak ada kte selalu gaduh dengan ibu...
Ayah dengan ibu sampai sekarang tak ok...
Gaduh....

Awak ingat kte memang nak ea tinggalkan awak?????
Awak tahu tak, kalau kte tak tinggalkan awak, awak dah tak boleh sambung belajar???
Awak tahu tak kalau awak tak sambung belajar, ibu awak akan letak kan 200% kesalahan tu pada kte???
Awak tahu tak kalau awak tak dapat sambung belajar, ibu awak takkan biarkan kte hidup tenang???
Awak tahu tak kalau kte tak tinggalkan awak, ibu awak nak call ibu kte????
Awak ingat mudah ke kte nak buat keputusan untuk tinggalkan awak?????????

Sakit dan sunyi awak nampak???
Ugutan dan sakit yang kte terima, ada awak tahu??????
Kte rahsiakan sebab kte tak nak benda-benda ni mengganggu fikiran awak...

Teruskan membenci kte sebab lebih mudah untuk awak lupakan kte....
Sampai masa, kte akan berhenti update apa-apa dalam blog ni dan akan hilang terus dalam kehidupan awak...
Awak kat Melaka lagi 3tahun........
Awak akan jumpa ramai perempuan nanti....
Kte tak halang awak nak cari lain... Silakan....
Kte tak pernah kawal hidup awak...
Kte bukan 'queen control' seperti mana yang ibu awak gelarkan...
Jadi silakan.....
Live your life,,,, Get a Life, dude....

Aku dah pernah beritahu kau yang aku ambil masa nak betul-betul sayang orang,
once aku dah sayang, sampai mati aku takkan lupa....
Dan sekarang, sampai aku mati pon aku takkan lupa kau, Asry....

Biar andai kata ada yang baca blog ni labelkan kte jahat....
Silakan... kte terima... kte tak pernah cakap kte baik...
Dan biar yang jahat itu kelihatan pada kte...
Kte minta maaf sebab pernah menyemak dalam hidup awak sampai susah kan awak sampai macam ni sekali... Mesti awak terseksa kan??
Daripada zaman sekolah n matriks... ramai gila suka kat awak kan?
Tak mustahil kat U pon sama....
Selamat berbahagia....

Jangan tunggu kte...
Yang awak dapat, hanya sakit dan terseksa kan??
Sorry, I cause you a lot of trouble....

Kalau kau betul-betul perlukan aku, kau tahu mana nak cari aku...

................
........
.................
............
........
172112.54414179.451241 :'(

No comments:

Post a Comment